• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Sesat Di Hutan Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua warga Singapura yang sesat di Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai, sejak Isnin lalu ditemukan selamat di Empangan Ulu Choh, Pontian, hari ini.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai Mohd Khairi S. Zainudin berkata kedua-dua mereka iaitu seorang lelaki dan wanita, Dominick Tan Chang Xiang, 27, dan Lum Jie, 27, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.24 pagi.

Beliau berkata mereka ditemui kira-kira 50 kilometer dari lokasi terakhir dikesan membuat panggilan kecemasan 999, Isnin lepas.

“Mereka berjaya ditemui menerusi tinjauan udara menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM). Operasi menerusi udara dimulakan pada 10 pagi tadi,” katanya di sini hari ini,

Katanya tindakan kedua-dua mangsa yang turun ke dalam tasik empangan bagi menarik perhatian pasukan penyelamat telah membolehkan mereka ditemui.

Mohd Khairi berkata mereka kemudian diselamatkan menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan dihantar ke Hospital Pontian untuk diberikan rawatan.

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan itu dilaporkan memasuki kawasan Gunung Pulai lebih kurang 12.15 tengah hari Isnin (5 Feb) sebelum pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan daripada mangsa kira-kira 5.55 petang hari yang sama.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan kali terakhir dapat dihubungi pada 10 malam Isnin. – BERNAMA

Tags: Sesat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd