• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjanjian Dagang Rangsangan Utama Negara

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian perdagangan telah memberi manfaat kepada negara pada tahap yang tinggi dan lebih banyak lagi akan diraih apabila Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dimuktamadkan dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dimeterai.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pada tahun lepas, sebanyak 63 peratus daripada jumlah eksport negara ke rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Beliau berkata perdagangan dengan rakan FTA berkembang sebanyak 19.9 peratus kepada RM1.123 trilion.

Eksport ke rakan FTA meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM590.15 bilion, mewakili 63.1 peratus daripada jumlah eksport Malaysia. Import naik sebanyak 19.6 peratus kepada RM532.57 bilion, katanya.

Mustapa berkata pertumbuhan eksport dicatatkan ke semua rakan FTA kecuali Laos.

Eksport ke Australia melonjak sebanyak 20.8 peratus kepada RM32.4 bilion, Korea Selatan (24.8 peratus kepada RM28.59 bilion), New Zealand (48.6 peratus kepada RM4.51 bilion) dan Chile (4.9 peratus kepada RM714.5 juta), katanya.

“Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka yang bergantung kepada perdagangan dan kita telah menjadi antara penyokong terbesar perdagangan bebas,” katanya selepas mengumumkan prestasi perdagangan Malaysia bagi 2017 di sini hari ini.

Malaysia kini dalam proses memuktamadkan RCEP dan membincangkan FTA dengan Kesatuan Eropah.

“Malaysia memerlukan pasaran yang lebih pelbagai bagi produknya,” katanya.

RCEP adalah perjanjian perdagangan bebas antara 10 negara anggota ASEAN dan enam negara lain, iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand, manakala CPTPP, sebelum ini adalah TPP tetapi tanpa Amerika Syarikat (AS).

“CPTPP masih memberi manfaat kepada Malaysia tanpa penyertaan AS berikutan terdapat 11 negara lain (termasuk Malaysia) yang terlibat,” katanya.

CPTPP dijangka ditandatangani di Chile pada bulan depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd