• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Terbaik Berdepan Pasukan Handalan Dunia

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dari 4 hingga 15 April depan, bakal menjadi peluang terbaik kepada skuad hoki wanita negara beraksi menentang pasukan handalan dunia.

Ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata bukan mudah untuk Malaysia menghuni ranking ke-22, dapat bersaing dengan pasukan dalam kelompok 10 terbaik dunia yang mempunyai pengalaman luas beraksi di pentas Piala Dunia.

“Ini peluang terbaik bagi kita bermain dengan pasukan berada di tahap berlainan daripada kita, terutamanya pasukan bukan Asia seperti dari Eropah yang tidak biasa bermain dengan kita. Nak main aksi persahabatan pun susah nak dapat.

“Kita berada di tempat kelapan daripada 10 pasukan bertanding di Sukan Komanwel. Enam daripadanya adalah pasukan yang beraksi di Piala Dunia, jadi bukan mudah untuk kita menewaskan mereka

“Kalau dapat mempertahankan tempat ketujuh pun sudah cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas lawatan Chef-de-Mission (CDM) Sukan Komanwel negara, Huang Ying How ke sesi latihan skuad hoki wanita, tinju dan olahraga para kebangsaan di sini, hari ini.

Skuad ‘Malaysian Tigress’ diundi dalam Kumpulan A bersama-sama pasukan nombor dua dunia England, India (10), Afrika Selatan (14) dan Wales (26), manakala Kumpulan B dihuni pasukan nombor empat dunia New Zealand, juara bertahan dan nombor lima dunia Australia, Scotland (18), Kanada (21) dan Ghana (30).

Dharma Raj berkata pertemuan menentang Wales menjadi aksi ‘wajib menang’ bagi skuad ‘Malaysian Tigress’, selain melihat kemungkinan untuk mencipta kejutan ke atas India yang menang tipis 0-2 ke atas pasukan negara ketika Piala Asia di Jepun, Oktober lalu.

“Kita kena tewaskan Wales untuk elak kemungkinan bermain pada perlawanan penentuan tempat ke-9/10 kerana dalam hoki, kalau tersilap langkah, macam-macam boleh jadi. England pasukan yang terlalu kuat bagi kita kerana mereka merupakan juara Sukan Olimpik (sebagai pasukan Great Britain).

“Kita pernah menewaskan Afrika Selatan lebih 10 tahun dulu, tetapi mereka bukan calang-calang pasukan. Kalau kita berjaya menewaskan mereka, memang kejutan besar,” katanya.

Sebagai persiapan ke Sukan Komanwel, skuad wanita negara akan mengadakan lima aksi persahabatan menentang pasukan remaja Jepun bermula 10 Mac di sini, selepas Liga Hoki Wanita tamat pada 4 Mac.

“Selepas itu, kita akan berlepas ke Gold Coast pada 26 Mac bersama-sama dengan skuad lelaki. Pergi lebih awal untuk bermain dua aksi persahabatan menentang pasukan New South Wales dan sedang cuba untuk mendapatkan satu aksi bersama pasukan daripada Kumpulan B,” katanya.

Beliau berkata temasya sukan itu menjadi medan penting untuk mempersiapkan pasukannya mencapai sasaran mara ke separuh akhir Sukan Asia di Jakarta dan Palembang pada Ogos nanti, selain kejohanan Trofi Juara-Juara Asia d Korea Selatan dari 13 hingga 20 Mei. – BERNAMA

Tags: hokiMuhammad Dharma Raj AbdullahSukan Komanwel 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd