• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakar Kereta JPJ Mungkin Didalangi Sindiket Klon

oleh AK-47
08/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan kejadian lima kenderan termasuk tiga kenderaan jabatan itu dibakar di Stesen Penguatkuasa JPJ Timbang Lori Kuala Kangsar di Perak semalam didalangi sindiket kenderaan klon.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata ini berikutan dua kereta jenis Volvo yang turut terbakar dalam kejadian itu adalah kenderaan klon yang dirampas pihaknya pada 18 Disember dan 30 Januari lepas.

“Dua kereta klon itu ditempatkan di situ untuk siasatan lanjut pihak kami dan ujian oleh Jabatan Kimia. Sebelum kejadian itu, memang pengawai JPJ terlibat (merampas kereta klon) menerima ugutan daripada pihak berkenaan kerana marah kenderaan mereka dirampas.

“Jadi saya tidak menolak kemungkinan kejadian itu mungkin didalangi sindiket kenderaan klon, namun kami menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan memberi kerjasama kepada mereka (polis),” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Tanjung iaitu operasi terhadap kenderaan berat di Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi semalam, tiga kenderaan JPJ membabitkan dua Toyota Fortuner dan satu Ford Ranger hangus terbakar 90 peratus manakala dua kereta klon itu terbakar 70 peratus.

Wan Ahmad Uzir berkata pihaknya juga telah menyerahkan rakaman CCTV yang terdapat di Stesen Penguatkuasa JPJ Timbang Lori Kuala Kangsar dan beberapa maklumat dipercayai dapat membantu siasatan kes berkenaan kepada polis untuk siasatan.

Beliau berkata pihaknya telah menubuhkan unit keselamatan JPJ di peringkat ibu pejabat baru-baru ini dan akan diperluas di setiap negeri dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan agensi penguatkuasa itu terutama di kawasan premis mereka.

Sementara itu, beliau berkata Ops Tanjung yang dijalankan bermula 29 Januari lepas hingga hari ini adalah bagi mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan kerana ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian besar pemandu telah melakukan kesalahan dengan lebihan muatan antara 20 hingga 70 peratus dari had yang dibenarkan untuk kenderaan 24 hingga 60 tan dan sepanjang tempoh operasi, sebanyak 56 notis dikeluarkan.

“Kami turut mengeluarkan perintah hadir di mahkamah ke atas seorang pemandu lori kerana membawa lebihan muatan hingga 89 peratus selain kesalahan tayar botak dan pecah. Kesalahan itu tidak boleh dikompaun,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 19,332 kenderaan berat diperiksa dan 6,325 notis atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dan daripada jumlah itu 1,279 kenderaan dikenakan tindakan kerana membawa muatan berlebihan serta berbahaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Ahmad Uzir WanSindiket Kereta Klon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd