• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi 4 Kereta Dilenyek Treler Ketika Beratur Bayar Tol

oleh Haris
08/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN aksi filem lagak ngeri, empat buah kereta dirempuh sebuah treler ketika pemandunya beratur untuk bayar tol yang mengakibatkan dua cedera tersepit manakala tiga lagi selamat.

Kejadian dramatik cukup mendebarkan ramai itu berlaku di Plaza Tol Bukit Kemuning yang terletak di Lebuhraya Kesas dari arah Klang menuju ke Shah Alam, Selangor malam tadi.

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.34 malam.

Seramai 13 anggota dikerah menaiki dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kapar ke lokasi kejadian dan sejurus tiba mendapati sebuah treler bersama empat buah kereta terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Pelanggaran itu membabitkan lima mangsa, dua tersepit dan berjaya dikeluarkan manakala tiga lagi pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dipetik melalui Harian Metro Online.

Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menerima rawatan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata empat kereta yang dirempuh merupakan jenama Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Saga dan Peugeot.

“Pemandu treler serta Proton Saga tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk teruk dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan pemandu yang lain terselamat,” jelasnya.

Kata Baharuddin, kejadian itu berlaku setelah treler tersebut merempuh kereta Proton Saga dari belakang sebelum merempuh tiga lagi kereta yang sedang menunggu giliran sebelum terhenti di tembok penghadang plaza tol tersebut.

Bagi seorang mangsa yang terselamat, Ashraf Abdul Halim, 28, seorang kakitangan swasta, ketika kejadian berlaku dia dalam perjalanan pulang selepas berusurusan di Klang menghala ke Shah Alam untuk mengambil isterinya.

“Ketika saya sedang keluar duit untuk bayar tol, saya terdengar bunyi brek yang sangat kuat. Beberapa saat kemudian kereta saya dilanggar dari belakang sehingga menyebabkan ia berpusing,” ujarnya sambil bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, perkara yang terlintas di fikirannya ketika dirempuh adalah isterinya yang baru dikahwininya Disember lalu dan sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Bagi pemandu Perodua Alza yang turut terselamat, Muhd Amirul Abdul Halim, 25, dia berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya keluar daripada kereta setelah pintu keretanya tidak boleh dibuka dan menyedari minyak diesel dari treler terbabit sudah mula memercik keluar.

“Orang ramai yang bukakan pintu. Kalau tidak, saya tak tahu apa yang akan terjadi kepada saya,” katanya yang ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengambil rakannya.

Menurut polis, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Tags: kemalanganrempuhtreler
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd