• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan Nafi Twit ‘Wanita Garang’ Tuju Pada Mira

oleh
07/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STATUS kisah cinta antara pelakon Zizan Razak dengan pengacara Mira Filzah masih menjadi tanda tanya peminat masing-masing.

Ianya sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 34, memuat naik satu twit tentang sifat seorang wanita di media sosial.

“Fakta menarik. Wanita yang nampak lemah lembut di Instagram sebenarnya garang dan bengis selepas menjadi girl friend kita. #lelakijangantertipu,” tulis Zizan di akaun Twitter miliknya pada Isnin lalu.

Namun menurut Zizan, twit tersebut bukanlah ditujukan kepada Mira kerana ianya merupakan pandangan dan pendapatnya sahaja.

“Tak adalah… Saya dengan Mira sudah lama tidak berjumpa. Tweet itu tidak ditujukan kepadanya.

“Mesej itu dimuat naik dengan niat terbuka tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. Ia berdasarkan pendapat saya melihat rakan-rakan wanita yang memiliki sifat lembut di luar tetapi hakikatnya garang,” katanya dipetik daripada BH Online.

Pengikut Zizan di Twitternya rata-rata menganggap twit itu ditujukan kepada Mira kerana pelakon dan pengacara itu dikenali dengan sifat lemah lembutnya ketika di hadapan lensa kamera.

Malah, ada juga netizen yang turut mention twithandle Mira di twit berkenaan dengan harapan gadis berusia 25 tahun itu turut membaca ‘luahan’ hati Zizan itu.

“Apa yang ditulis sekadar apa yang terlintas di fikiran dan pemerhatian saya. Tetapi wanita garang saya fikir sebenarnya manja,” tambah Zizan lagi.

Kalau dah tuan badan cakap macam tu, takkan orang luar masih nak anggap yang twit tersebut mempunyai maksud yang lain kan.

Apa pun, kita doa yang terbaik sajalah buat mereka berdua, lebih-lebih lagi selepas mereka telah dicalonkan bagi Anugerah Meletop ERA 2018.

Zizan telah tercalon sebanyak tujuh kategori bagi AME2018 iaitu Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Duo MeleTOP – Zizan Sonaone Chentaku, Top 20 Filem – Abang Long Fadhil 2 dan Drama Meletop – Jula Juli Bintang Cinta.

Manakala Mira pula tersenarai menerusi kategori Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP-OPS Cinta Din Sardin, Jula Juli Bintang Cinta.

Zizan dan Mira juga pernah digosipkan bersama selepas mereka membintangi telefilem Jula Juli Bintang Cinta dan Jula Juli Bintang Putus Cinta.

Namun mereka berdua telah menafikan khabar angin itu dan akui sekadar bersahabat baik sahaja. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Mira FilzahZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Mira Filzah Kini Isteri Orang

04/09/2020
0

DENGAN sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd