• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nissan Leaf Baharu Akan Memasuki Pasaran Malaysia

oleh Ahmad Albab
06/02/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenderaan elektrik (EV) Nissan LEAF baharu akan dijual di tujuh pasaran Asia dan Oceania, termasuk Malaysia pada tahun fiskal akan datang.

Nissan Motor Co Ltd dalam satu kenyataan berkata, selain Malaysia, model itu juga akan memasuki pasaran Australia, Hong Kong, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.

Syarikat itu juga mungkin memperkenal kereta pelepasan asap sifar itu di pasaran lain di rantau ini, termasuk Indonesia dan Filipina.

Satu kajian yang dijalankan oleh Frost & Sullivan mendapati permintaan kukuh menunjukkan bahawa pasaran untuk EV berpotensi berkembang pesat di Asia Tenggara.

“Nissan sedang berusaha untuk membawa generasi baru EV yang paling laris di dunia itu ke lebih banyak pasaran.

“LEAF baru adalah pendekatan syarikat untuk menggerakkan orang ramai ke dunia yang lebih baik dengan menukar bagaimana kereta dikuasai, dipacu dan diintegrasikan ke dalam masyarakat,” kata Naib Presiden Kanan Serantau Nissan, Yutaka Sanada pada majlis ‘Nissan Futures’ di Singapura hari ini.

Sejak model pertama LEAF diperkenal pada 2010, Nissan telah menjual lebih 300,000 unit. Model yang direka bentuk semula sepenuhnya diperkenal pada September 2017 dengan penghantaran bermula sebulan kemudian di Jepun. – BERNAMA

Tags: Nissan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selipar Boleh ‘Parkir’ Sendiri? Hebat!

07/02/2018
0

CANGGIH! Teknologi masa depan yang menakjubkan muncul lagi, kali ini sangat sesuai untuk mereka yang memang malas susun kasut sendiri....

2 Kilang Nissan Diserbu Sebab Ada Juruteknik Haram

05/10/2017
0

TOKYO - Para pegawai agensi kawal selia pengangkutan Jepun berjaya menyerbu dua buah kilang milik syarikat pengeluar kenderaan komersial antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd