• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaat Demokrasi Digital Pembangunan Negara

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep demokrasi digital atau kebebasan bersuara menggunakan saluran media sosial yang diamalkan kerajaan seharusnya dimanfaaatkan sebaiknya masyarakat di negara ini.

Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim berkata pengguna media sosial seharusnya menjadikan konsep Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan sebagai pegangan dalam rutin harian sekali gus mengelak daripada menyalahgunakan platform terbabit.

Kamal Affandi yang juga Anggota Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berkata sekiranya konsep itu diamalkan, ia dapat mewujudkan satu komuniti media sosial yang harmoni serta bermanfaat kepada semua pihak.

“Ketika ini, terdapat kecenderungan sesetengah pengguna media sosial menggunakan laman itu tanpa batasan selain menyalahgunakannya untuk tujuan jenayah.

“Selain jenayah seperti penipuan perniagaan runcit dan transaksi palsu, kes berkaitan penyebaran berita palsu serta ancaman keselamatan awam seperti modus operandi merekrut golongan ekstremis dan pengganas secara dalam talian juga merupakan ancaman media sosial,” katanya semasa menjadi tetamu dalam rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel hari ini.

Kamal Affandi berkata terdapat sesetengah negara yang terus menghalang akses rakyat mereka kepada laman sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube.

Justeru, katanya kebebasan itu seharusnya dimanfaatkan dengan menjadikannya laman sosial sebagai satu medium yang mampu membantu membangunkan negara.

“Dalam usaha mengekang penularan jenayah siber, ia bukan sahaja terletak di tangan pihak berkuasa dan kerajaan tetapi memerlukan kesedaran dalam kalangan pengguna media sosial itu sendiri.

“Latih diri untuk mempunyai kesedaran dan batasan di laman sosial, jangan mudah terpedaya dan semestinya berhenti menyebarkan apa sahaja perkhabaran tidak sahih yang diterima, periksa dahulu dalam paltform disediakan kerajaan seperti Sebenarnya.my,” katanya. – BERNAMA

Tags: Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd