• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahniah! Syafiq Yusof Dan Isteri Timang Puteri Kedua

oleh Haris
05/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH filem terkenal, Mohd Syafiq Yusof, 25, berkongsi khabar gembira setelah isterinya selamat menimang cahaya mata perempuan kedua mereka, semalam.

Menerusi perkongsia di Instagram miliknya, Syafiq mengumumkan kelahiran puteri keduanya yang diberi nama Nuur Nusaybah dengan berat 3.6 kilogram.

Menerusi kapsyen yang ditulis Syafiq, nama tersebut diambil daripada seorang pejuang Muslimah Islam pertama.

Nuur Nusaybah binti Muhamad Syafiq (ironwoman). 4/2/2018 3.6kg. 👶🏻 Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah. Nusaybah binti Kaab dikenal dengan julukan Ummu Umara.

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s) on Feb 4, 2018 at 3:23am PST

“Nusaybah ialah seorang daripada srikandi Islam dan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah.

“Nusaybah binti Kaab dikenal dengan jolokan Ummu Umara,” tulis Syafiq mengiringi gambar buah hati barunya itu.

Syafiq, yang merupakan anak kepada pengarah dan produser tersohor, Datuk Yusof Haslam, itu telah mendirikan rumah tangga bersama Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dan dikurniakan puteri sulung, Nuur Jannah dua tahun kemudian.

Filem terbaru pengarah muda berbakat itu, KL Special Force akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2018 di lebih 100 pawagam seluruh negara dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Fattah Amin, Datuk Rosyam Nor, Shaharudin Tambi dan abangnya Syamsul Yusof.

Sebelum ini, filem arahan Syafiq, ‘Abang Long Fadil 2’ mendapat kejayaan besar sehingga mendapat kutipan lebih 17 juta menjadikannya filem kutipan tertinggi selepas ‘Polis Evo’. – MYNEWSHUB.CC/EFFAN

Tags: KL Special ForcesSyafiq Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syafiq Kian Matang, Syamsul Bangga Kejayaan Adik

18/03/2018
0

SETIAP kejayaan pasti bermula dengan kegagalan... Bagi pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof menyifatkan kejayaan yang dicapai adiknya, Syafiq ketika...

Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan

01/11/2017
0

KEJAYAAN filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd