• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerdagangan Orang: Bolos Melalui Laluan Udara

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) akan memperluas kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dalam usaha memerangi kegiatan pemerdagangan orang di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini kerana sistem pengangkutan udara dilihat antara laluan mudah kepada sindiket pemerdagangan orang untuk menjalankan aktiviti berkenaan di negara ini berbanding laluan darat dan air.

“Setakat ini kita telah bekerjasama dengan dua syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines serta AirAsia dan sedang memperluaskan usaha ini dengan Malindo Air.

“Anak kapal dan kakitangan dilatih untuk mengenal pasti penumpang yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang dengan pelbagai kaedah termasuk melihat bahasa tubuh badan sebelum melaporkannya kepada pihak keselamatan lapangan terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu Program Ala Carte Pagi bertajuk ‘Fokus Kementerian Dalam Negeri 2018 – Banteras Pemerdagangan Manusia’ di Bernama Radio, di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata pihak berkuasa akan mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengenal pasti kumpulan-kumpulan sindiket sebelum berlepas dan selepas ketibaan di lapangan terbang seperti saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menekankan langkah-langkah pencegahan aktiviti pemerdagangan orang.

Beliau berkata perkhidmatan penerbangan tambang murah turut memudahkan sindiket berkenaan menjalankan penyeludupan manusia ke negara ini melalui lapangan terbang berbanding menggunakan laluan darat dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina serta laluan air yang mengambil masa lebih lama selain berisiko tinggi.

Menurut Nur Jazlan, seramai 1,124 mangsa pemerdagangan orang yang diselamatkan pada 2016 masih berada di rumah perlindungan di negara ini untuk dihantar pulang ke negara asal sementara jumlah mangsa pada tahun lepas masih dalam proses pengumpulan maklumat.

“Kebanyakan yang diselamatkan merupakan wanita dari negara jiran yang dijadikan hamba seks,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamed
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Zero To Hero’ Pembimbing Rakan Sebaya Hindar Dadah

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Program ‘Zero to Hero’ yang dilaksanakan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan melahirkan kader baharu di kalangan...

Permohonan Taraf Warganegara Proses Rumit

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu diteliti dengan terperinci dan berdasarkan kes demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd