• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Susu Tiruan: 2 Peniaga Didakwa 21 Februari

oleh Ahmad Albab
05/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Dua peniaga akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru 21 Feb ini atas dakwaan menjual produk susu yang dipercayai tiruan Disember lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapat segala bukti terperinci termasuk laporan kimia mengenai kandungan susu terbabit.

“Kes ini bulan Disember lepas heboh diperkatakan. Ini membuktikan kita buat (rampas dan dakwa) secara terperinci. Kita mengambil masa sedikit kerana kita memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Bila dah dapat segala maklumat yang dah disahkan itu baru kita boleh dakwa,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) di sini hari ini.

Pada Disember lepas KPDNKK Johor Bahru merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima lokasi berasingan di Johor.

​​​​​​​Sementara itu, diminta mengulas sama ada KPDNKK akan merampas kopi campuran yang mengakibatkan beberapa individu terpaksa dibawa ke hospital selepas meminumnya, Hamzah berkata pihaknya setakat ini belum lagi menerima sebarang laporan terperinci mengenai kandungan kopi itu.

“Kita kena pastikan perkara itu secara sah, kena ada hitam putih. Kita tidak mahu ada andaian…bila dah cukup bukti kita akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Pada 30 Jan lepas, lima individu termasuk dua wanita, mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk dipercayai selepas meminum sejenis kopi, dengan dua orang daripada mereka dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Pada 4 Feb pula, dua lelaki dimasukkan ke HPP selepas mengalami pening dan muntah dipercayai selepas meminum sejenis kopi campuran. – BERNAMA

Tags: KPDNKKsusu formula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Diberi Susu Formula Seawal 4 Bulan Berisiko Obesiti

10/03/2019
0

BAYI yang diberi susu formula dalam tempoh empat bulan selepas dilahirkan berisiko untuk mengalami obesiti. Begitulah hasil kajian terbaharu yang...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd