PASTI anda sukar untuk mempercayai apabila harga sebuah rumah hanya dijual serendah 90 pence sterling atau RM5 di bandar Ollalai, Sardinia, Itali.
Mungkin anda beranggapan harga tersebut hanyalah taktik atau gurauan semata-mata. Namun, itulah hakikat bagi 200 buah rumah di bandar tersebut.

Rumah tersebut dijual sebegitu rendah bagi mengelakan bandar itu menjadi bandar hantu ekoran populasi kelahiran bayi setiap tahun di situ mengalami penurunan mendadak.

Langkah drastik itu dilaksanakan oleh Datuk Bandar Ollolai, Sardinia, Afio yang mengambil maklum tentang perkembangan itu lantas memutuskan untuk menyediakan skim rumah khas.


“Kebanggaan masa lalu adalah kekuatan kami. Kami sentiasa hidup dalam keadaan sukar namun kami sama sekali tidak akan membenarkan bandar kami mati,” ujar Afio memetik Dailymail.
Akhirnya langkah berkenaan berjaya menarik perhatian orang ramai apabila telah menerima 120 permohonan daripada warganegara Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli unit rumah di situ. – MYNEWSHUB.CC

