• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Kamil Dakwa 3 Rakan Artis ‘Sabotaj’ Dadah

oleh Haris
05/02/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan Pengarah, Datuk Farid Kamil menyifatkan kelakuan ganasnya di sebuah balai polis bulan lalu adalah akibat dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah.

Melalui satu laporan yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 31 Januari lalu, Farid turut membangkitkan isu kekerasan yang dilakukan pihak polis ke atasnya ketika ditahan reman kerana menyerang anggota polis dan orang awam, menurut laporan Astro Awani.

Memetik laporan yang diterima Malay Mail, Farid mendakwa bahawa tiga rakan artis melakukan onar terhadapnya dengan memberikannya dadah sekaligus menjadi punca perlakuan anehnya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu menurut Farid, tindakan kurang warasnya ketika itu disebabkan oleh tiga rakan artis tersebut yang mencemari minumannya dengan dadah, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Farid Kamil Didakwa 4 Pertuduhan

Ketiga-tiga rakan artis tersebut merupakan seorang pengarah dan pelakon, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain minuman tersebut, Farid juga mendakwa bahawa dia diberikan rokok bersalutkan sejenis cecair yang tidak dikenal pasti oleh tiga rakan tahanan yang menjadikan dirinya khayal.

Farid turut membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterimanya sewaktu dalam tahanan reman serta menamakan pegawai polis terlibat yang menyebabkan kecederaan ke atasnya.

Gambar penahanannya yang tular turut dipersoal Farid dalam laporan yang dibuatnya itu.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat yang menyifatkan bahawa pelakon tersebut membuat banyak laporan tentang beberapa perkara dan akan memastikan siasatan penuh dijalankan pihaknya. – MYNEWSHUB.CC/EFFAN

Tags: dadahFarid Kamilpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd