• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

250 Peserta Menyertai Daurah Azan Bersanad

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 250 peserta menyertai Program Daurah Azan Bersanad anjuran pusat Baitul Khadeejah Al-Kubro di Surau Ibu Khaldun, Taman Lavender Heights di Senawang di sini, kelmarin.

Pengerusi pusat berkenaan, Siti Aishah Johari berkata, program julung kali itu bertujuan berkongsi kaedah azan yang betul seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Katanya, peserta diberi pendedahan oleh seorang guru, Syeikh Husam Nasuh at-Taiyyarah, 35, yang didatangkan khas dari Damsyik Syria.

“Syeikh Husam seorang guru nasyid, taranum dan azan dari Asia Barat. Beliau bersanad bersama qasidah Arab tersohor, Syeikh Nuruddin Khursyid dan ulama al-Quran, Syeikh Muhammad Arif al-A’Saali,” katanya.

Siti Aishah berkata, Syeikh Husam dibantu Pengerusi Akademi Darul Muhibbah Kuala Lumpur, Ahmad Shadan Alhadrami yang bertindak sebagai penterjemah.

“Pada program itu, semua peserta tampil mengalunkan azan di hadapan Syeikh Husam sebelum bacaan diperbetulkan membabitkan sebutan, makhraj dan taranum. Ia bertujuan meningkatkan mutu laungan azan diwarisi Rasulullah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan 100 individu dan tidak menjangka ia mencecah sehingga 250 orang termasuk remaja dan dewasa.

“Mereka yang hadir bukan sahaja dari negeri ini, malah Melaka, Kuala Lumpur, Pahang dan Johor. Sambutan diterima menggalakkan dan kami bercadang menganjurkannya lagi pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Syeikh Husam berkata, program sama pernah dianjurkan di Kuala Lumpur pada 2016 namun kurang menerima sambutan.

“Di Negeri Sembilan, pembabitannya sangat luar biasa dan hingga kini 400 individu diajarkan kaedah azan yang betul di negara ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: azankanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd