• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kencing Tikus Meningkat 3 Kali Ganda Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
16/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus meningkat tiga kali ganda di Kelantan ekoran banjir besar bulan lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sebelum banjir melanda, sekitar 20 hingga 25 kes direkodkan, tetapi selepas banjir, jumlah meningkat sehingga 94 kes.

“Sehingga bulan ini sahaja sebanyak 94 kes kencing tikus dilaporkan dan ini sesuatu yang membimbangkan kerana penyakit itu berbahaya.

“Jadi pihak kementerian menasihatkan orang ramai khususnya rakyat Kelantan dan sukarelawan agar lebih berhati-hati dan mereka dinasihat jangan menggunakan air dari sumber yang tidak bersih,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemberian bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang terkena jangkitan akan menghidapi demam panas, sakit kepala yang teruk, menggigil, muntah, batuk, mata menjadi merah, sakit perut, cirit birit dan sakit otot terutama betis mirip kesan penyakit saluran pernafasan, demam denggi dan demam kepialu.

“Penyakit ini boleh dirawat dengan antibiotik sekiranya hanya jangkitan ringan manakala kes yang teruk perlu dirawat di hospital kerana boleh mengakibatkan kerosakan pelbagai anggota dalaman badan seperti kegagalan buah pinggang, hati dan sistem pernafasan sehingga membawa kepada kematian,” katanya.

Dr Hilmi turut menasihatkan penduduk atau sukarelawan yang mempunyai kesan luka pada tangan, kaki atau anggota badan agar membalutnya dan jangan mendedahkan luka itu kepada kawasan berair yang tahap kebersihannya tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, 10 klinik di Kelantan musnah dan tidak boleh digunakan manakala 54 lagi dalam proses pembaikan akibat banjir.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa kawasan yang lebih tinggi untuk membina semula klinik yang musnah agar tidak dilanda banjir pada masa hadapan.

“Kementerian juga bercadang untuk menaik taraf klinik desa dan klinik ibu dan anak yang terjejas akibat banjir menjadi klinik kesihatan tahap tujuh iaitu klinik kesihatan yang mempunyai fasiliti untuk menawarkan perkhidmatan kepada pesakit luar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kencing tikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

Tiada Laporan Air Tebu Tercemar Kencing Tikus

23/05/2018
0

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli minuman itu di bazar Ramadan kerana tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd