• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alexis Lengkapi Barisan Depan United – Mourinho

oleh Ahmad Albab
05/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOSE Mourinho telah memutuskan untuk tidak menandatangani seorang pemain penyerang pada musim depan dan yakin telah menghimpunkan barisan hadapan Manchester United yang mampu merebut trofi kemenangan.

Namun, dia mengakui bahawa dia harus memikirkan aspek dinamik serangan permainan selepas Alexis Sánchez mempamerkan aksinya menerusi gol pertama buat United di Old Trafford.

Mourinho turut menyingkirkan Anthony Martial dari barisan hadapan, Juan Mata lebih suka di posisis kanan, dengan pemain antarabangsa Perancis dan Marcus Rashford diperkenalkan pada babak kedua.

Zlatan Ibrahimovic pula baru pulih daripada kecederaan lutut, namun terpaksa berehat daripada lima perlawanan pada musim ini dan dijangka akan meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Mourinho berkata, kebolehan yang dimiliki Sánchez menjadikan dia tidak perlu meneruskan pembelian pemain penyerang lain apabila tingkap perpindahan dibuka nanti.

“Tepat sekali, itulah objektifnya,” katanya ketika ditanya mengenai pelbagai posisi yang diambil oleh pemain Chile itu pada Sabtu, termasuk sebagai penyerang utama.

Mourinho percaya dia mempunyai barisan pemain hadapan yang mampu beraksi dalam beberapa posisi.

“Kami ada Alexis, Lukaku, Martial, Rashford. Rashford boleh bermain di sebelah kiri dan kanan, Alexis juga sama.

“Kesemua mereka, selain Lukaku boleh bermain dari belakang sebagai penyerang kedua. Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa ia tidak baik untuk anda (media) kerana anda suka menulis dan membuat spekulasi, tetapi saya tidak mahu pemain penyerang.

“Jadi jangan cakap tentang pemain penyerang yang akan menyertai kelab ini kerana tiada siapa yang akan datang ke sini,” tegasnya. – The Guardian/mStar Online

Tags: Alexis SanchezJose Mourinho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd