• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajat Berang Anak Kembar Dituduh Cium Mulut

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIAT untuk menunjukkan keakraban kedua-dua anak kembarnya mencetuskan isu pula kerana gambar yang dimuat naik usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman di Instagram itu dikecam hebat para netizen.

Terlalu ramai yang mengutuk gambar tersebut, sehinggakan walaupun ruangan komen pada entri berkenaan ditutup, namun gambar tersebut tular di Facebook pada Ahad.

Dengan kapsyen ‘Kasih yang ku berikan membuahkan hasil sebuah ikatan keluarga’, anak angkat lelaki Sajat, Syahmi dan anak angkat perempuannya, Syaza dikatakan bercium mulut oleh netizen.

❤️🌹❤️…… kasih yang ku berikan..membuahkan hasil sebuah ikatan keluarga…ini gambar syahmi cium pipi.. bukan cium mulut.. tengok betul2 …syahmi cium adik nya kat pipi,bukan cium mulut… kadang2 yang comment tu semua nak menyakitkan hati orang.. lagi pun syaza dan syahmi ini baru 2 tahun… klu tak nampak sangat,pi zoom luas2 kat mana syahmi cium.. di pipi!!! Bukan mulut!!! Wahai pengcomment negetive!!!

A post shared by NUR SAJAT COACHYIN (@nursajat02) on Feb 3, 2018 at 7:33am PST

Tidak habis di situ, ada yang mengatakan Sajat tidak memberikan didikan yang baik kepada kedua-dua anaknya itu kerana mendedahkan kanak-kanak itu dengan perkara terkutuk.

“Walaupun adik-beradik, tak boleh cium macam tu. Dikhuatiri berlaku sumbang mahram. Walaupun masih kecil, jika jadi kebiasaan… jadi lain pula dah besar nanti,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, Sajat kemudian mengemaskini keterangan gambar tersebut pada Ahad bagi memberi penjelasan kepada netizen yang mengecamnya.

“Ini gambar Syahmi cium pipi, bukan cium mulut. Tengok betul-betul, Syahmi cium adiknya kat pipi, bukan cium mulut.

“Kadang-kadang yang komen tu semua nak menyakitkan hati orang. Lagipun Syaza dan Syahmi baru 2 tahun,” tulisnya di kapsyen

Sajat juga menyuruh netizen zoom terhadap gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

“Kalau tak nampak sangat, pergi ‘zoom’ luas-luas kat mana Syahmi cium. Di pipi, bukan mulut!,” tegas Sajat kepada mereka yang berani mengutuk anak-anak angkatnya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anak kembarNur Sajat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

Akhirnya Sajat Mengaku Transgender

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mengakui mengenai status dirinya seorang transgender. Pengakuan berani dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd