• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lepas Langgar Anak Saya, Dia Terus Cabut”

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“WANITA pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka minta maaf dengan keluarga kami!”

Demikian luahan seorang bapa meminta wanita yang terbabit dalam insiden langgar lari menimpa anaknya pada Khamis lalu, agar tampil melakukan permohonan maaf kepada keluarganya.

Mohd Rashidi Osman, 37, berkata, anaknya, Muhammad Razeen, 3, cedera parah selepas dilanggar di depan rumah neneknya di Serdang Jaya, kira-kira jam 1.30 petang.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini masih menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadan stabil.

“Lepas langgar anak saya, dia tak jumpa langsung keluarga saya dan terus berlalu pergi selepas anak saya dibawa ke dalam rumah.

“Saya dah lapor polis tapi sampai sekarang wanita berusia 30-an yang memandu Myvi berwarna kelabu itu belum munculkan diri,” katanya memetik Sinar Harian Online.

Menurut Mohd Rashidi, sebelum kejadian mengejut itu berlaku, anaknya bersama ibu saudaranya keluar rumah menuju ke kereta kerana mahu bergerak pulang ke kampungnya di Nilai.

Namun belum sempat apa-apa, anaknya itu telah melintas dan dilanggar pemandu wanita tersebut menyebabkan si kecil itu terpelanting sejauh beberapa meter.

“Kakak saya terus angkat anak masuk ke rumah, bila keluar, dia dapati pemandu Myvi tersebut telah menghilangkan diri,” katanya.

Mohd Rashidi menjelaskan, keadaan anaknya itu tidak serius namun terdapat darah beku di kepala dan keretakan di bahagian kepala.

“Pelaku boleh menghubungi saya di talian 0123637035 untuk mengatur pertemuan menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.

Sementara itu netizen di media sosial mengecam keras sikap tidak bertanggungjawab pemandu wanita terbabit dan turut mendesak agar tindakan undang-undang yang berat perlu dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang bertindak melarikan diri selepas kemalangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganlanggar lari
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd