• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Tunggu Laporan Lengkap Kopi Campur Dadah

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan lengkap berhubung kopi pracampuran, yang dipercayai mengandungi sejenis dadah, sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata adalah menjadi kesalahan besar jika barang terlarang dicampurkan dalam kopi dengan pihak berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Setakat ini, kita belum dapat laporan yang lengkap untuk kita ambil tindakan. Kita akan bandingkan sampel kopi itu dan sampel lain di kedai.

“Kalau kita dapati barangan terlarang (ada), kita akan hentikan (penjualan)… kita akan ambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Mobile Community Transformation Centre (CTC) peringkat negeri di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran, yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih yang teruk, dipercayai mengandungi bahan asing disyaki sejenis dadah.

Anuar berkata berdasarkan ujian analisis sampel kopi oleh pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati adanya kandungan dadah namun belum dapat dipastikan jenis apa.

Dr. Hilmi berkata buat masa ini, tiada arahan untuk menghentikan penjualan kopi pracampuran itu tetapi beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak minum kopi tersebut sementara menunggu laporan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Wan Mansor Hamzah ketika dihubungi berkata pihaknya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis susulan kopi pracampuran itu disyaki mengandungi dadah.

“Kami dah buat laporan polis pada 1 Februari lepas sebab kopi itu ada kandungan dadah. Sampel kopi itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk diuji dan kami masih menunggu laporan lengkap,” katanya.

Seramai lima individu termasuk dua wanita mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang sejak Ahad hingga Selasa selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan menjalani beberapa ujian. Tiga daripada mereka sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik. – BERNAMA

Tags: KKMkopi campuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd