SEBAK rasanya apabila membaca kapsyen ditulis oleh pelakon Ezzaty Abdullah menerusi akaun Instagram miliknya, semalam selepas menjalani rawatan di hospital selama hampir seminggu.
Baca: Ezzaty Bedah Buang Ketulan Pada Dada

Selepas lima hari ‘bercuti’ di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, akhinya dia dapat pulang ke pangkuan suami dan anaknya.
Ezzaty baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketulan pada bahagian dada, Breast Abscess (nanah payudara) pada Isnin lalu.
“Alhamdulillah Jumaat penuh barakah ni saya dapat discharge dari hospital. 5 hari saya berada di hospital ni pelbagai dugaan dan cabaran saya tempuhi. Sakitnya hanya ALLAH dan orang yang pernah alami saja yang tahu,” tulisnya.
https://www.instagram.com/p/Bek5jl1lpj7/?taken-by=azwankombos
Dalam masa lima hari dia berada di wad, suaminya, Azwan Kombos sering menjadi peneman setia baginya serta banyak memberi semangat ketika dia berasa jatuh disebabkan penyakit itu.
“Terima kasih juga pada suami saya yang sentiasa bersama saya membantu saya di sini. Pengorbanan suami saya sepanjang saya berada di sini sangat saya sanjungi dan terharu.
“Ahli kelurga yang datang melawat saya juga banyak memberi kekuatan pada saya. Ibu bapa saya juga hari2 buat solat hajat untuk saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Ezzaty telah melahirkan seorang cahaya mata diberi nama Harum Dalia pada 7 Disember lalu.
Dalam masa yang sama, Ezzaty turut mengucapkan jutaan terima kasi kepada pihak hospital yang memberi rawatan serta layanan baik terhadap dirinya.
Doa peminat juga sedikit sebanyak membuatkan Ezzaty lebih tabah dan kuat menjalani hari-harinya selepas ini. – MYNEWSHUB.CC/AH