• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Mercun: 4 Mangsa Masuk Ke Hospital Stabil

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Empat individu yang dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, selepas cedera akibat kejadian letupan mercun ketika perarakan sambutan Thaipusam malam tadi, berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata dua mangsa kini dirawat di wad mata kerana mengalami kecederaan pada bahagian mata iaitu ‘corneal abrasion’ manakala dua lagi mangsa masing-masing dijadual menjalani pembedahan berikutan kecederaan dialami mereka.

“Seorang mangsa dimasukkan ke wad ortopedik kerana terdapat kecederaan di tangan kanan dengan pembedahan membuang bendasing akan dijalankan manakala seorang lagi terdapat luka di tangan kanan dan akan menjalani pembedahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 8.30 malam berdekatan Kuil Dewa Subramaniya Swami di Sungai Petani itu, 26 individu cedera, melibatkan 14 lelaki dan 12 wanita berusia antara lima dan 59 tahun dengan empat daripada mereka dimasukkan ke wad HSAH untuk rawatan lanjut manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Saifi Abdul Hamid dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan empat lelaki berusia 25 hingga 34 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Norhizan Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lewat Bina Hospital Pendang Akibat Perubahan Pelan

23/02/2018
0

SUNGAI PETANI – Kelewatan pembinaan Hospital Pendang disebabkan perubahan pelan asal serta penilaian semula kos selepas ditukar statusnya dari tidak...

48 Pelajar Keracunan Selepas Nikmati Sarapan

22/02/2018
0

ALOR SETAR - Empat puluh lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom di Sungai Petani, mengalami keracunan makanan dipercayai selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd