• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tahun Satu Tidak Ke Sekolah Dipercayai Didera

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

*Diharap Kementerian Pelajaran dapat menimbangkan untuk memberi sedikit penghargaan khas kepada guru dalam kes ini kerana sikap prihatin beliau berjaya menyelamatkan nyawa seorang murid yang masih kecil dan naif….

 

BUTTERWORTH – Seorang murid Tahun Satu hanya bersekolah pada hari pertama persekolahan Isnin lalu dan tidak hadir pada hari-hari berikutnya.

Gurunya turut mendapati dia dalam keadaan lemah dan tidak terurus pada hari pertama persekolahan.

Mengesyaki sesuatu tidak kena dengan murid berkenaan, guru itu lalu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata pihaknya yang pergi ke rumah murid itu di Sungai Dua di sini semalam mendapati dia dikurung di rumah itu tanpa diberi makan.

“Setelah polis memasuki rumah berkenaan yang berkunci, murid itu ditemui dalam keadaan kurus, lemah dan tidak bermaya di dalam sebuah bilik yang juga berkunci.

“Kami terpaksa mencari ayah kanak-kanak itu untuk mendapatkan kunci bagi membuka pintu rumah yang juga tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Rumah itu dalam keadaan gelap dan berselerak.

“Kanak-kanak itu hanya berkata dia lapar dan meminta makanan,” katanya.

Abdul Rahman berkata pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan lebam di lengan dan paha kanak-kanak itu yang dipercayai akibat sering dicubit.

Kanak-kanak itu dikatakan tinggal seorang diri di rumah berkenaan manakala bapa dan ibu tirinya serta lima lagi anak mereka tinggal di rumah yang bertentangan dengan rumah kanak-kanak itu dikurung, katanya.

Beliau berkata bapa kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pam atendan di sebuah stesen minyak di sini telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Hospital Seberang Jaya.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Dr Zaitol Salleh memberitahu Bernama pihaknya turut menerima laporan berhubung kes itu dan telah mengarahkan maklumat lengkap mengenai mangsa diperoleh.

“Kami akan pastikan dia pulih sepenuhnya sebelum sebarang tindakan susulan diambil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd