• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tingkat Kefahaman, Keselamatan Sekolah Tahfiz

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seminar Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah tahfiz di Bagan Datuk esok mampu meningkatkan tahap keselamatan di institut pendidikan agama tersebut.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata seminar KKP yang akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Irshadiah Addiniah itu bertujuan memupuk budaya KKP yang baik di sekolah-sekolah tahfiz terutama dalam kalangan pendidik dan kakitangan sekolah tersebut.

“Sekolah tahfiz turut terdedah kepada pelbagai risiko keselamatan termasuk kebakaran dan kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Antara insiden yang tidak dapat dilupakan termasuk kebakaran yang meragut nyawa 27 pelajar di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah al-Khairiah al-Halimiah atau Pondok Pak Ya, di Yan, Kedah pada 1989 dan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, pada 14 Sept 2017 yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lee berkata seminar tersebut akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain beliau juga akan melancarkan buku panduan KKP untuk sekolah tahfiz.

“NIOSH diberi tanggungjawab untuk mengadakan kempen kesedaran secara besar-besaran mengenai KKP untuk sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan dan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA Kebangsaan),” katanya.

Seminar Pengurusan KKP Sekolah Tahfiz bermula Oktober tahun lalu di Selangor, dan program yang sama akan turut diadakan di Johor pada Mac depan, diikuti Kedah (April), Terengganu (Mei) dan Sabah (Julai). – BERNAMA

Tags: Seminar KKPTan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd