• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cristina Suzanne Enggan Kongsi Hal Peribadi Di IG

oleh
02/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kacukan yang jelita, Cristina Suzanne enggan berkongsi sebarang entri berbaur peribadi menerusi laman Instagram bagi mengelakkan tindakan itu memakan diri sendiri.

Sebaliknya, aktres berdarah kacukan Melayu-Jerman ini lebih gemar mempromosikan lakonan dan aktiviti seni sahaja di laman sosial berkenaan.

Menurut wanita berusia 33 tahun itu, sejak bergelar anak seni beliau lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah kehidupan harian yang disifatkan privasi bagi setiap individu.

“Saya ringkas dan jalani kehidupan macam orang lain. Tiada yang istimewa pun untuk dikongsi. Tetapi kalau membabitkan promosi produk lakonan, saya tidak teragak-agak guna medium ini.

“Namun, itu tidak bermakna saya antisosial. Saya masih lihat laman sosial sebagai platform mendekatkan penggiat seni dengan penyokong. Sesekali saya menaikkan status.

“Cuma masih berpada-pada. Pantang saya adalah status yang menyentuh isu politik dan agama. Saya lihat sekeliling dan belajar daripada pengalaman.

“Jika nama kita dikaitkan dengan isu panas disebabkan tangan sendiri, kita tak boleh tuding kesalahan pada orang lain,” katanya dipetik BH Online, hari ini.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem, Kil itu turut mengaku kebanyakan masa lapang dihabiskan dengan membantu keluarga berniaga di Kuantan, Pahang.

“Kebanyakan masa saya di kampung jika tiada tugasan penggambaran. Saya rela berulang alik antara Kuala Lumpur dan Kuantan memandangkan semua ahli keluarga saya di sana.

“Bagi saya, tiada istilah berhibur selepas waktu kerja. Ini kerana saya lebih seronok memenuhi masa dengan insan tersayang. Itulah tempoh sangat berharga,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Dalam perkembangan lain, Cristina akui teruja apabila filem terbaru lakonan nya bertajuk Surf This Love bakal berada di pawagam tidak lama lagi.

Selain Cristina, filem yang berlatarkan Pulau Tioman dan Bali itu turut dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Cristina Suzanne
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cristina Suzanne Pilih Lelaki Johor

01/04/2018
0

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba kami 'dikejutkan' dengan berita gembira bahawa pelakon Cristina Suzanne sudah pun bernikah semalam (Sabtu)! Cristina...

Cristina Suzanne Nafi Dirinya Hanya Bergaul Kelompok Elit

21/09/2016
0

AKTRES berwajah Pan-Asia, Cristina Suzanne Stockstill menafikan bahawa konon dirinya seorang yang hanya bergaul dengan golongan yang dikategorikan sebagai elit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd