• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Veteran ATM Dibina Di Perak

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pertahanan buat julung kalinya akan membina sebuah hospital khusus bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia bernilai RM500 juta di sini bagi memberi kemudahan rawatan kesihatan lebih baik kepada mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hospital berkenaan akan dibina di kawasan seluas 28,500 hektar milik ATM di Kem Gua Permai, Tambun di sini, yang akan berfungsi sebagai Perkampungan Kesihatan Veteran.

Antara lain, katanya, hospital itu bakal menyediakan kemudahan poliklinik pakar geriatrik iaitu bidang kepakaran pesakit warga emas serta kepakaran lain seperti jantung dan respiratori, urologi, neuropsikiatri, perkhidmatan rehabilitasi, dialisis serta pusat jagaan bagi veteran ATM yang kurang upaya.

“Pembinaan hospital ini akan menggunakan kaedah NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dengan kerjasama pihak swasta yang berkonsepkan Public Private Partnership (Kerjasama Awam Swasta).

“NBOS merupakan kaedah terbaik untuk kita berdepan dengan ekonomi yang tidak menentu. Insya-Allah bila ekonomi kita lebih kukuh, lagi banyak benda yang boleh kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Hospital Veteran ATM dan beramah mesra bersama-sama warga ATM di Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai,Tambun di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima ATM Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hospital Veteran ATM itu merupakan inisiatif utama yang dirancang di bawah Blueprint Kesihatan Kementerian Pertahanan yang dilancarkan baru-baru ini. Ia bertujuan memudahkan veteran ATM di seluruh negara untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan, selain perkhidmatan di Hospital Angkatan Tentera dan Hospital Kerajaan.

Ditanya sama ada Hospital Veteran itu hanya dibuka kepada veteran ATM atau warga emas dari kalangan orang awam, Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas berkata pihaknya akan melihat kepada keperluan masa hadapan.

“Tetapi yang penting, hospital ini mesti ada ciri-ciri yang boleh mengaitkan hospital ini dengan veteran-veteran kita sama ada kita buka kepada orang ramai atau kepada anggota. Nanti kita fikirkan dari segi komersil tentang ketersediaan dan kelestarian hospital ini,” katanya.

Hishammuddin berkata kerajaan akan terus berusaha menambah baik aspek kebajikan veteran ATM dan anggota keluarga mereka dalam agenda kesihatan, perumahan, bantuan sara hidup dan pendidikan kerana ia manifestasi penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa, keringat dan pengorbanan veteran ATM dalam menjaga kedaulatan negara.

Selain penubuhan Hospital Veteran ATM, Hishammuddin berkata pihaknya melalui Blueprint Kesihatan juga akan membina lima lagi Poliklinik ATM di Kluang (Johor), Seberang Takir (Terengganu), Kuantan (Pahang), Sungai Petani (Kedah) dan Kuching (Sarawak).

“Ia bukan sahaja memberikan kemudahan rawatan asas, tetapi akan turut dilengkapi kemudahan rawatan pergigian, wad observasi, hemodialisis serta beberapa perkhidmatan lain,” katanya.

Hishammuddin juga memberitahu kementerian akan menaik taraf lima Hospital Angkatan Tentera di seluruh negara yang melibatkan proses penggantian kelengkapan perubatan termasuklah menaik taraf bangunan dan perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinHospital Angkatan Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd