• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi ‘Melampau’ Kak KM, Iqram Dinzly Dikecam Ramai

oleh
15/02/2025
dalam Artis, Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAK KM buat hal lagi… Siapa yang gemar layan Facebook pasti ramai yang mengenali siapakah empunya nama Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM ini kan?

Anak kepada artis veteran, Normah Damanhuri itu sering menjadi bualan hangat netizen berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala.

Meskipun menerima banyak komen negatif berbanding positif, pemilik kepada produk jamu kecantikan, Sweet Dara itu sama sekali tidak mengendahkan hal tersebut malah sering tampil lebih berani terutama dalam usaha mempromosikan produk miliknya.

Terbaharu, Kak KM dikatakan muncul dengan babak lebih panas daripada kebiasaan apabila dikatakan membuat aksi yang boleh disifatkan sebagai 18SX bersama pelakon, Iqram Dinzly.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial tersebut, kedua-dua mereka dilihat sedang cuma menikmati ais krim tetapi dengan gaya dan cara yang ‘melampau’ yang dianggap keterlaluan bagi netizen tempatan.

Pada awalnya, Iqram yang lengkap memakai blazer dan bersongkok dilihat sedang menikmati aiskrim kon itu sambil diusik oleh Kak KM.

“Nasib baik Bismillah tak lupa,” usik Kak KM.

Tidak lama selepas itu, Kak KM pula menunjukkan cara ‘menikmati’ aiskrim konnya sambil disaksikan oleh Iqram sebelum wanita itu dilihat dengan sengaja melaga punggung ke arah aktor berkenaan.

Tidak habis di situ, Kak KM kemudiannya dilihat meneruskan aksi ‘ghairah’ tersebut dengan memasukkan separuh daripada kon aiskrim berkenaan ke dalam mulutnya sambil menari dengan girang.

Video yang menerima lebih daripada 300,000 tontonan itu menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang mengecam dan mengutuk teruk perbuatan tersebut.

Rata-rata mereka beranggapan perbuatan seperti itu tiada adab kerana bertentangan dengan budaya Timur dan agak kurang sopan ditonton remaja belum berkahwin.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga menggesa pihak berwajib agar tidak berdiam diri dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengenakan tindakan tegas terhadap individu seperti itu.

Rakaman itu dilihat terus mendapat perhatian orang ramai khususnya di laman Facebook. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Iqram Dinzlykak kmLiana Rosli
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Gagal Bayar Cukai RM77,000, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

15/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon Iqram Dinzly yang diisytihar muflis. Aktor kontroversi...

Lama ‘Hilang’, Iqram Kini Jumpa Diri Yang Sebenar

26/06/2018
0

SETELAH beberapa ketika dirinya dibayangi dengan kontroversi hangat, kini pelakon Iqram Dinzly berasa bertuah apabila pada 10 malam terakhir Ramadan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd