• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Naza Dan Berjaya Selamat Dinikahkan?

oleh
02/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA… Waris kepada dua buah syarikat korporat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group dipercayai selamat dinikahkan dalam satu majlis perkahwinan pada hari ini.

Bagaimanapun menurut laporan portal berita tempatan Astro Awani, setakat ini belum lagi ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat sama ada oleh SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun, dan Chryseis Tan, 30 tahun.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang juga abang kepada SM Faliq namun telah memuat naik gambar mereka sah bergelar suami isteri menerusi laman instagramnya.

Gambar yang sama malahan turut dimuat naik isteri SM Nasarudin, Marion Caunter. Pasangan itu sebelum ini telah mengumumkan pertunangan mereka pada 30 Jun tahun lepas menerusi laman media sosial, Instagram.

SM Faliq, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd., sudah lama mengenali Chryseis secara peribadi sejak zaman mereka di ‘bangku sekolah’ lagi.

Baca: Ramai Cina Rasis Kutuk Anak Vincent Tan Bertunang

Melalui penghantaran status terkini di akaun Instagram milik Chryseis pula bahkan telah memberikan gambaran yang beliau dan pasangan bakal mendirikan rumah tangga menerusi muat turun gambar dan kapsyen.

Perkahwinan dua mempelai pada Jumaat penuh berkat ini bukan sahaja menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara, malah membentuk konglomerat paling besar di Malaysia, khususnya dalam bentuk aset.

Ini mungkin berlaku sekiranya terdapat usaha penyatuan kepentingan korporat antara Naza Group dan Berjaya Group termasuk penggabungan entiti perniagaan kedua-dua buah syarikat tempatan berkenaan.

Anak bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu telah mengikat tali pertunangan semasa mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Berjaya GroupChryseis TanNazaSM Faliq SM Nasimuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang Lebih RM1.2 Juta Dilucut Hak Kepada Kerajaan

23/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang lebih RM1.2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik tiga entiti termasuk Yayasan Rahah berhubung penyiasatan...

Naza Euro Motors Akan Melabur RM5 Juta Pada 2019

15/12/2018
0

PETALING JAYA – Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama kereta DS di Malaysia, bercadang melabur RM5 juta untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd