• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Pingat, Syafinaz Tidak Sangka Jasa Dihargai

oleh
02/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR 30 tahun berada dalam dunia seni, penyanyi, Syafinaz Selamat tidak menyangka jasanya dihargai sehingga melayakkan beliau dianugerahi pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Beliau yang juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara) menerima penganugerahan itu bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, semalam.

BACA : Syafinaz Terima Pingat Panglima Mahkota Wilayah

Menurut penyanyi bersuara soprano tersebut, beliau percaya penganugerahan itu adalah hasil sumbangan jasanya terhadap Koir Permata Seni, sejak 2009 hingga ke hari ini.

“Pingat ini diberi berdasarkan perkhidmatan saya dalam Koir Permata Seni, secara khususnya, dan industri seni secara amnya.

“Saya amat berterima kasih kepada penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di atas kepercayaan ini.

“Ia tentunya penghargaan amat tinggi apabila menerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sendiri,” katanya seperti dipetik BH Online.

Ujarnya, pingat yang diterima itu juga sudah pasti bakal menjadi pembakar semangatnya untuk terus berkongsi ilmu serta memberikan sesuatu yang lebih baik terutamanya kepada generasi muda.

Tambahan pula, bagi Syafinaz muzik pada masa kini tidak lagi dilihat sebagai hiburan semata-mata.

“Ia ilmu yang dapat membina disiplin, keyakinan diri dan semangat jati diri. Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik.

“Penganugerahan ini pastinya membakar semangat saya untuk memberikan yang lebih lagi kepada generasi muda akan datang,” ujar pelantun lagu Ingin Bersamamu itu.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang pernah melahirkan tiga album studio itu kini dikatakan sibuk dengan proses akhir penghasilan single terkini selepas 11 tahun ‘diam’ tanpa produk baharu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: syafinaz selamat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syafinaz ‘Penyelamat’ Vokal Misha

21/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Akur suara adalah aset utama yang menentukan jangka hayatnya sebagai penyanyi, Misha Omar, nekad berguru dengan pensyarah...

Syafinaz Terima Pingat Panglima Mahkota Wilayah

02/02/2018
0

JUTAAN tahniah diucapkan buat penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat di atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd