• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Niena Baharun Sah Menjadi Isteri Aliff Firdaus

oleh
02/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dengan hanya sekali lafaz, heroin drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan tempatan, Aliff Firdaus Abdul Hadi.

Majlis ijab dan kabul pasangan tersebut berlangsung secara sederhana di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis, menurut laporan media tempatan.

Difahamkan majlis akad nikah itu dihadiri oleh sanak saudara dan kenalan terdekat sahaja. Berita perkahwinan Niena atau nama penuhnya Amaniena Baharun, 25, turut dikongsi rakannya yang juga pelakon, Datin Eina Azman.

Beliau berkongsi peristiwa bersejarah itu menerusi Insta Story dalam laman sosial Instagramnya. Desas-desus itu diperkuatkan lagi apabila Niena sendiri berkongsi video dirinya dalam persalinan pengantin di Instagram beliau.

Rata-rata peminat dan netizen pula meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada pelakon terbabit kerana akhirnya sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada perkongsian beliau tersebut.

Bagaimanapun, usaha pihak media cuba menghubungi Niena bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita pernikahannya itu belum berhasil setakat ini malah Eina turut menolak untuk memberikan sebarang kenyataan.

Ketika diminta untuk berkongsi mengenai kisah berita majlis perkahwinan berkenaan, Eina sebaliknya hanya menyerahkan kepada pelakon itu sendiri bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

“Rasanya, tidak sesuai untuk saya pula yang memberikan kenyataan mengenai beliau. Lebih baiklah ia keluar daripada mulut Niena sendiri. Harap semua faham kedudukan saya,” kata Eina lagi.

Menerusi Insta Story yang dikongsinya itu, Eina secara kebetulan ketika ini difahamkan berada di sekitar Kota Bharu bersama suami dan ahli keluarganya turut mengucapkan tahniah kepada Niena.

Difahamkan juga, Niena enggan menggembar-gemburkan mengenai majlis pernikahannya berikutan sebuah pengumuman mengenai perkara itu akan diadakan tidak lama lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: niena baharun
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Awas! Niena Baharun Beri Amaran

31/07/2018
0

PELAKON Niena Baharun memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjwab menyalahgunakan gambar atau videonya untuk tujuan pengiklanan. Niena atau Amaniena...

Niena Baharun Terima Maki Hamun Di Laman Sosial

27/07/2018
0

PELAKON Niena Baharun mengakui dirinya telah membuat ramai orang berang. Semuanya gara-gara watak Husna dalam drama bersiri Jangan Benci Cintaku....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd