• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3,000 Dijangka Hadir Amanat 2018 MB Johor

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 3,000 penjawat awam, wakil sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan dijangka menghadiri majlis ‘Amanat 2018’ oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahad ini.

Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor berkata majlis itu akan berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri.

“Bersama memajukan Johor pada dekad mendatang merupakan antara intipati amanat yang akan disampaikan Mohamed Khaled.

“Pada majlis itu, Mohamed Khaled juga dijangka mengajak masyarakat Johor melakukan perubahan ke arah kebaikan iaitu membangunkan dekad baharu untuk Johor dalam usaha melonjakkan Johor ke tahap yang lebih tinggi,” demikian katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada mediai hari ini.

Mohamed Khaled juga akan menekankan beberapa perkara yang mendorong kepada cita-cita besar bagi menterjemahkan falsafah pembangunan Johor Berkemajuan seperti diperkenalkan sebelum ini. Perkara lain yang akan disampaikan Mohamed Khaled termasuk sebab beliau memilih tempoh 10 tahun untuk membangunkan Dekad Baharu Johor selain berkongsi cabaran dan dugaan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Menurut kenyataan itu, majlis Amanat 2018 tersebut akan turut disiarkan secara langsung bermula 9.30 pagi, Ahad ini, menerusi laman facebook rasmi Mohamed Khaled www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/. – BERNAMA

Tags: Khaled NordinPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd