• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Porno Kanak-Kanak: PDRM Kerjasama Australia, UK

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerjasama dengan polis Australia dan United Kingdom (UK) dalam mempelajari teknik-teknik baharu bagi mengekang kegiatan memuat naik dan memuat turun gambar dan visual pornografi kanak-kanak di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa yang sama, turut memantau aktiviti memuat turun gambar pornografi kanak-kanak daripada internet.

“Memang sentiasa dipantau (pornografi kanak-kanak) terutama sekali apabila tahun lepas, seorang warga British didapati membuat penderaan seksual kanak-kanak dengan menggunakan Malaysia sebagai pusat untuk dia berbuat demikian.

“Jadi, kita telah menambah upaya usaha mengesan dan bekerjasama dengan polis Australia dan UK untuk mempelajari teknik-teknik terbaharu ataupun cara-cara baharu yang digunakan oleh mereka yang minat terhadap pornografi kanak-kanak supaya usaha mengesan dan menangkap mereka dapat dilakukan sekiranya cukup bukti,” katanya.

Nur Jazlan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ulang Tahun ke-33 Pasar Tani Peringkat Negeri Johor dan Program Stok Bekalan Negara di Pasar Tani Perling Mall, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang menyatakan Malaysia mencatat bacaan alamat IP tertinggi di Asia Tenggara dalam memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak.

Menurut laporan itu, jumlah kanak-kanak yang jatuh ke tangan penjenayah yang dikenali melalui dalam talian juga meningkat dengan pantas.

Nur Jazlan berkata, individu yang terbabit dengan kegiatan ini kebiasaannya berselindung di sebalik menggunakan identiti tanpa nama dan berada dalam jumlah yang kecil.

Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan berkata KDN sentiasa bekerjasama dengan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menjamin stok makanan negara. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakpornografi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.