• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Pesakit Dirawat Di HPP Selepas Minum Sejenis Kopi

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lima individu termasuk dua wanita telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk dipercayai selepas meminum sejenis kopi sejak Ahad hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata semua mereka berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan beberapa ujian, namun tiga daripada mereka dibenarkan keluar dari wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Ketika ini hanya dua pesakit iaitu dua lelaki berusia 19 dan 45 tahun masih ditahan di wad di HPP untuk rawatan serta pemerhatian.

“Dua lelaki itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan setakat ini juga tiada kematian serta kes baharu yang dilaporkan membabitkan mangsa yang mengalami gejala letih dan lemah selepas minum kopi tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian ke atas semua pesakit dan sampel kopi berkenaan masih dijalankan serta pihaknya akan mengumumkan hasil ujian tersebut selepas mendapat keputusannya.

Semalam, Bernama melaporkan dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di HPP dipercayai selepas minum sejenis kopi dan keadaan mereka dalam keadaan stabil.

Berikutan itu, pihak JKN Pulau Pinang menjalankan beberapa ujian termasuk ujian darah serta mendapatkan sampel kopi berkenaan mengenal pasti punca sebenar mangsa mengalami gejala berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu daripada mangsa atau pihak hospital. – BERNAMA

Tags: kopi campuran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Singapura Pulangkan Durian White Coffee

01/03/2018
0

SINGAPURA - Agri-Food & Veterinary Authority of Singapore (AVA) hari ini memulangkan kopi perisa durian 'Coffee Tree Mycafe 4-In-1 Penang...

KKM Tunggu Laporan Lengkap Kopi Campur Dadah

04/02/2018
0

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan lengkap berhubung kopi pracampuran, yang dipercayai mengandungi sejenis dadah, sebelum mengambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd