• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Saraf Terharu Terima Lawatan MB Pahang

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiada perkataan yang mampu diucapkan oleh seorang pesakit saraf melainkan ucapan terima kasih sebaik menerima kunjungan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ke rumahnya di Kem Galing Markas Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am, Kuantan di sini hari ini.

Yaumai@Yaumi Othman, 53, yang mengidap penyakit berkenaan sejak empat tahun lalu mengakui agak terkejut apabila dimaklumkan Adnan akan singgah di rumahnya sempena program ramah mesra bersama anggota dan pegawai di kem berkenaan hari ini.

Bagi suami Yaumai,Halim Ali, 57 lebih membuatkan mereka sekeluarga terharu ialah apabila menteri besar turut menyampaikan sumbangan peribadi dan bantuan kerusi roda dalam lawatan hampir setengah jam itu.

“Alhamdulillah, kami tidak menyangka menteri besar sanggup singgah bertanya khabar dan menghulurkan bantuan, dapat jugalah sumbangan yang diberikan itu digunakan untuk membeli barang keperluan isteri seperti susu, makanan tambahan serta lampin pakai buang,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, akibat penyakit saraf berkenaan, isterinya tidak dapat berjalan sejak setahun lepas dan sumbangan kerusi roda berkenaan akan memudahkan lagi pergerakan isterinya.

Beliau yang bekerja sebagai Pekerja Rendah Awam Cawangan Kem Komandan Briged Tenggara di sini mempunyai tujuh orang anak 13 hingga 20 tahun hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu.

Dalam lawatan itu Adnan turut menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada pasangan itu agar terus tabah menghadapi ujian itu. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd