• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra FC Pasang Impian Besar Ke Liga Super 2019

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga Premier 2018, Felcra FC memasang impian besar untuk layak beraksi dalam saingan Liga Super pada tahun hadapan.

Penaung Felcra FC, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin yakin sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya skuad ‘The Rivals’ mengekalkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan yang dihadapi dalam saingan Liga Perdana, musim ini.

“Ini tidak mustahi kerana Felcra FC berjaya melahirkan beberapa nama yang berjaya mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan jersi dan skuad Liga Perdana Felcra FC bagi musim 2018 di Wisma Felcra, di sini, malam tadi.

Pengerusi Felcra Berhad itu yakin adunan pemain baharu dan berpengalaman di bawah bimbingan jurulatih baharu dari Brazil, Tarcisio Pugliese Barbulio, mampu membawa pasukan berkenaan meraih kejayaan pada musim ini.

Felcra FC, sebelum ini beraksi pada Piala FAM, dinaikkan ke Liga Premier musim ini selepas juara Piala FAM 2017, Sime Darby FC menarik diri daripada Liga Malaysia kerana kekangan kewangan.

Sementara itu, Barbulio yakin anak buahnya sudah bersedia membawa kejayaan pada musim ini dan mampu menampilkan aksi terbaik apabila membuka kempen dengan menentang pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Berkongsi pandangan sama adalah kapten pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, yang bertekad membawa pasukan berkenaan beraksi buat julung kalinya pada saingan Liga Super 2019.

Beliau yakin pengurusan cemerlang serta adunan pemain baharu dan berpengalaman mampu membantu pasukan berkenaan untuk memberikan saingan sengit kepada pasukan lain dalam Liga Premier

“Bagi saya, ia adalah satu cabaran hebat untuk saya selaku pemain berpengalaman membawa pasukan baharu untuk beraksi ke saingan Liga Super dan saya sedia sahut cabaran tersebut,” jelas pemain pertahanan kebangsaan itu yang mengintai tiga mata berdepan PDRM.

Barisan Pemain Felcra FC 2018:

Penjaga Gol: Muhammad Syamim Othman, Mohamad Fadzley Abdul Rahim, Mohamad Yatim Abdullah.

Pemain Pertahanan: Muhammad Syahmi Azhar Saipol Bahri, Leonardo Moreira de Carvalho (Brazil), Muhammad Shahrom Abdul Kalam (kapten), Che Mohamad Arif Che Kamarudin, Zainudin Abidin, Mohd Fazliata Taib, Mohamad Fandi Othman, Mohd Arip Amiruddin, Mohd Nizam Abu Bakar, Mohd Alif Samsudin, Al Amin Abdullah.

Pemain Tengah: Mohd Hazeman Ab Karim, Mohd Badrul Hisyam Morris, Dzulfahmi Abdul Hadi, Mohd Asrol Ibrahim @ Abdullah, Endrick Dos Santos Parafita (Brazil), David Laly (Indonesia), Ali Amirun Kamarudin, Ammar Akhmall Alias, Mohamad Farhan Mustafa.

Mohammad Haziq Mu’iz Abdul, Mohamad Nor Ubaidullah Abd Rahman, Mohamad Rashid Mohamed Aya, Muhammad Lukman Hakim Zulkepli, Mohamad Hafiz Mohamad Ismail, Mohd Aznorayll Alazaman.

Penyerang: Mohd Firdaus Azizul, Muhammad Nazrul Kamaruzaman, Abdul Azim Rahim, Anselmo Arruda da Silva (Brazil). – BERNAMA

Tags: Felcra FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Felcra FC Ada Masa Sahkan Penyertaan Liga-M

23/10/2018
0

SHAH ALAM – Naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC mempunyai masa sehingga 15 November ini untuk mengesahkan penyertaan mereka...

Tiada Untung, Skuad Felcra FC Terpaksa Dibubar

20/10/2018
0

Biarpun mempamerkan aksi memukau dalam saingan Liga Premier 2018, menyaksikan Felcra FC berjaya 'dinaikkan pangkat' beraksi dalam Liga Super musim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd