• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tribunal Aduan Pesawah Perlu Diwujudkan Segera

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia memohon agar kerajaan mewujudkan segera tribunal aduan untuk pesawah bagi menyelesaikan masalah pemotongan gred padi di antara pesawah dan juga pengilang.

Yang Dipertuanya Mohamad Termizi Yop berkata ia sebagai maklum balas terhadap kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bercadang menubuhkan tribunal itu bagi menyelesaikan isu pemotongan gred padi yang tinggi oleh pengilang hingga menjejaskan pendapatan petani apabila tiba musim menuai.

“Kita menyokong penuh hasrat kerajaan untuk menubuhkan tribunal ini di mana ia akan memudahkan pihak pesawah memberi penjelasan kepada anggota tribunal dan juga pengilang dari sudut pandangan mereka.

Tribunal ini kemudian akan menjelaskan kepada pesawah kenapa pemotongan antara 20 hingga 26 peratus dibuat. Untuk pengetahuan semua, pemotongan gred padi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan untuk menjamin kualiti beras negara,” katanya kepada pemberita di Pejabat Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia di sini, hari ini.

Mohamad Termizi berkata, tribunal itu nanti juga akan menjadi “orang tengah” jika para pesawah ditindas kerana mereka boleh menyuarakan perkara itu kepada tribunal itu terutama apabila pengilang tidak mengikut SOP yang ditetapkan.

Pada Sabtu lalu, Ahmad Shabery berkata kementerian berkemungkinan menubuhkan tribunal itu dalam masa terdekat dan pesawah yang menghadapi masalah itu boleh membuat aduan secara terus kepada tribunal yang terdiri daripada anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau pesawah yang dilantik PPK, pengilang dan juga kementeriannya yang berperanan sebagai pihak ketiga untuk menilai pemutuan dan pemotongan gred padi.

Mohamad Termizi berkata isu ini sudah terlalu lama berlarutan kerana petani sering merungut dan tidak mendapat jawapan yang jelas.

“..dengan adanya tribunal ini, kami yakin ia akan membuka lembaran baharu untuk pesawah dan pengilang merungkai isu yang timbul dan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua belah pihak selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pesawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bukan Pesawah Saja Terbeban, Kerajaan Turut Tanggung Tekanan Besar’ – Mohamad Sabu

‘Bukan Pesawah Saja Terbeban, Kerajaan Turut Tanggung Tekanan Besar’ – Mohamad Sabu

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bukan hanya pesawah yang berdepan bebanan, malah kerajaan turut menanggung tekanan besar susulan peningkatan harga minyak global...

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd