• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertidur Lepas Penat Rogol Wanita OKU

oleh
02/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki bukan sahaja tergamak bertindak keji merogol wanita kurang upaya (OKU) malah, lebih biadab apabila turut tidur di rumah mangsa dalam satu kejadian di Serdang, Bandar Baharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, wanita yang berusia 36 tahun tersebut didakwa ditumbuk sebelum dirogol oleh suspek di dalam bilik tidur milik mangsa.

Memetik beberapa laporan, difahamkan suspek turut sempat tidur selama hampir lima jam berikutan letih selepas merogol mangsa sebelum melarikan diri sebaik tersedar.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit. Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber seperti dipetik Harian Metro, hari ini.

Sumber berkata lagi, suspek berjaya diberkas oleh pihak polis kira-kira satu jam selepas laporan dibuat dan mangsa pula dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Baruddin Wariso mengesahkan berhubung kes terbabit dan memberitahu suspek kini berjaya ditangkap.

Kata beliau lagi, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (K) Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: dirogolkes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Wakil Rakyat Pembangkang Ditahan Kes Rogol Gadis Bawah Umur

Anak Wakil Rakyat Pembangkang Ditahan Kes Rogol Gadis Bawah Umur

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pahang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd