• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana ‘Pok Ya Cong Codei’, Sabri Yunus Jadi Sebutan

oleh
31/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMANYA sebelum ini mungkin hanya dikenali sebagai pelakon dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu mahupun tukang karut menerusi rancangan Karoot Komedia X.

Namun siapa sangka dengan hanya satu telefilem, nama Sabri Yunus kini telah menjadi sebutan di bibir netizen kerana wataknya menerusi telefilem bertajuk Pok Ya Cong Codei.

Menurut Sabri Yunus, 57, pada mulanya dia tidak mahu mempopularkan watak Pok Ya yang diciptakannya.

Sabri yang turut merupakan pengarah dan pelakon itu sama sekali tidak menyangka bahawa telefilem Pok Ya Cong Codei telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sejak ianya mula ditayangkan pada 20 Januari lalu.

Setelah melibatkan diri di dalam telefilem berkenaan, jadual hariannya semakin padat bagi mempromosikan setelah ianya disiarkan menerusi siaran Astro Mustika dan Citra.

Penerimaan terhadap telefilem itu bertambah hangat apabila watak itu turut menjadi sebutan oleh penonton dari luar negara.

“Saya tidak terfikir sambutan yang diberi begitu menggalakkan. Malah, saya dimaklumkan ada pihak yang membuat tutorial dalam bahasa Arab mengenai dialog yang dilontarkan dalam telefilem arahan saya itu,” katanya dipetik daripada BH Online.

Dalam masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa satu perbincangan telah dilakukan bagi membuat prekuel ataupun versi seterusnya bagi karya tersebut.

“Namun, belum ada kata putus mengenainya. Apabila telefilem ini menjadi viral, semestinya pelbagai idea timbul tapi perlu ada perancangan sebaik-baiknya.

“Jika diikutkan, memang saya ingin melihat Pok Ya Cong Codei difilemkan. Namun, kami masih meneliti bahagian mana yang harus diangkat dalam filem dan sebaliknya,” ujarnya lagi.

Sabri yang juga merupakan anak jati negeri Kelantan itu turut mahu terus mengekalkan identiti serta karakter Pok Ya yang merupakan kombinasi cerita masyarakat setempat.

Baginya, nilai sesebuah sastera serta elemen yang dekat dengan kehidupan masyarakat setempat akan menjadikan sesebuah karya itu mudah diterima dan dekat dengan hati penonton.

Watak Pok Ya merupakan seorang samseng dari Kelantan yang ‘turun’ ke Kuala Lumpur bagi menjejak anak kepada seorang Datuk yang kononnya telah dilarikan.

Telefilem itu turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Salah satu sebab utama mengapa nama Pak Ya menjadi sebutan penonton ialah apabila dalam sebuah babak di dalam telefielm itu yang mana dia menyebut hotel Concorde di Kuala Lumpur sebagai ‘Cong Codei’. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Pok Ya Cong Codeisabri yunus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Issey Dedah 3 Sebab Disangka Anak Sabri Yunus

15/10/2018
0

PENYAMPAI radio Suria Fm Issey Fazlisham mendedahkan tiga persamaan yang menyebabkan orang ramai keliru dan menyangka dia merupakan anak kepada...

Sabri Yunus Selamat Jalani Pembedahan

02/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Sabri Yunus selamat menjalani pembedahan membuang batu karang semalam di Hospital Ampang di sini. Sabri, 57,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd