• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen DAP Pertikai Gambar Azilah, Sirul

oleh Ahmad Albab
17/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada gambar Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar seperti yang didedahkan Bukit Aman semalam adalah wajah terkini kedua-dua anggota polis tersebut.

Lim Lip Eng
Lim Lip Eng

Kata beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu memberi jaminan kepada masyarakat bahawa dua gambar yang dikeluarkan Bukit Aman itu bukan gambar Azilah dan Sirul yang diambil sepuluh tahun lalu.

“Orang ramai perlu tahu bagaimana rupa dua pembunuh ini sekarang selepas apa yang telah mereka berdua lakukan kepada seorang wanita tidak berdosa. Ia juga bagi membantu pihak polis sekiranya Sirul menyelinap pulang ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Lip Eng mendakwa, langkah itu juga bertujuan membolehkan rakyat Malaysia di Australia membantu menyedarkan orang awam dan pihak berkuasa Australia tentang kewujudan seorang pembunuh di kejiranan mereka.

Azilah, 39, dan Sirul Azhar, 44, yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman dituduh membunuh model wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa, memutuskan Azilah dan Sirul bersalah dan disabitkan tuduhan membunuh maka hukuman gantung sampai mati dikekalkan ke atas mereka.

Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul yang dipercayai berada di Australia selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah ekoran kegagalan anggota polis itu hadir ke mahkamah.

Media Australia pada Khamis bagaimanapun, melaporkan kerajaan negara itu tidak akan meluluskan permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul.

Akhbar Sydney Morning Herald dipetik melaporkan, Jabatan Peguam Negara Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak akan membenarkan seseorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi jaminan bahawa hukuman tersebut tidak akan dijalankan,” menurut laporan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Altantuya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Sirul Boleh Diekstradisi Jika Tiada Hukuman Mati

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd