• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM Elok Tukar Nama Parti Paling Banyak Masalah!

oleh
30/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IKTIBAR… Apa yang berlaku semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada Ahad lalu memberi gambaran terhadap keupayaan mereka dalam urus tadbir sesebuah organisasi.

Justeru Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Zaifulbahri Idris melihat isu kekecohan itu sekali gus mendedahkan bagaimanakah rakyat boleh harap blok tersebut untuk mentadbir serta menguruskan sesebuah negara dengan baik.

Ini kerana organisasi mereka sendiri pun penuh dengan cacamarba dan tempang sehingga masyarakat umum mula menggelarkan PPBM yang kini mengetuai gabungan empat parti dalam PH itu sebagai Parti Paling Banyak Masalah.

“Kita Barisan Nasional (BN) malas nak ulas parti lawan… Cumanya pada saya beginilah. Kalau sendiri pun tunggang langgang awal-awal lagi kecoh sana-sini dalam menguruskan organisasi macam mana untuk menguruskan negara.

“Berbanding BN…kita bertanding di semua kawasan dengan parti komponen masing-masing ‘faham’… Perpaduan sangat jelas walaupun kita terdiri daripada pelbagai parti. Masing-masing sedar pembahagian kawasan ditandingi.

“Yang jelas apa berlaku itu memaparkan mereka (PH) ini tidak ada persefahaman padu dan inilah membezakan antara BN dnegan mereka. BN hingga ke hari ini alhamdulillah tidak pernah berlaku sebarang kekecohan.

Baca: Konvensyen Pakatan Harapan N.Sembilan Kecoh

“Ia membuktikan permuafakatan BN yang amat jelas antara satu dengan lain,“ kata Zaifulbahru yang juga merupakan ADUN Chembong kepada portal UMNO-Online, ketika ditemui di ibu negara pada hari ini.

Kelmarin konvensyen PH Negeri Sembilan bertukar kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN yang didakwa mereka sebagai kawasan hitam.

Daripada 36 keusi DUN di Negeri Sembilan, sebanyak 12 kerusi diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DAP pula 11, serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) dengan tujuh dan PPBM hanya enam.

PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang yang dianggap paling tidak selamat sekali gus membolehkan mereka tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Mengulas lanjut Zaifulbahri seterusnya menambah bahawa rakyat boleh melihat dan boleh membuat penilaian tersendiri terhadap perkembangan mutakhir ini apakah yang berlaku di dalam PH selepas pilihan raya berakhir.

Semestinya ujar beliau lagi itulah bayang-bayang mereka yang kononnya sering melaung-laungkan perubahan untuk negara sedangkan menguruskan diri sendiri pun penuh dengan masalah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pakatan harapanPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd