• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftarlah Sebagai Pemilih Dan Pergilah Mengundi

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka yang layak menjadi pengundi tetapi tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih untuk mengundi atau merancang untuk merosakkan undi, boleh mengakibatkan kerosakan teruk terhadap proses pengundian dan amalan demokrasi di negara ini.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam, berkata menghasilkan ‘undi rosak’ akan membawa mudarat dan kerosakan besar terhadap urusan pilihan raya.

“Mereka yang menyokong, lebih-lebih lagi yang melakukan perkara itu, mengakibatkan kerugian besar kepada kita semua, yang merupakan pemilih Malaysia yang bersemangat patriotik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata perbuatan merosakkan undi sebenarnya boleh dianggap sebagai melakukan sabotaj terhadap sistem pilihan raya, dan ini adalah amat tidak adil bagi seluruh rakyat Malaysia.

Ramon berkata walaupun Pilihan Raya Umum Ke-14 sudah semakin hampir, tetapi kira-kira 3.8 juta rakyat Malaysia yang kebanyakannya belia berusia sekitar atau lebih 21 tahun, masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September lepas.

Oleh demikian, beliau menggesa mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih atau merancang untuk merosakkan undi, supaya menyokong dan mengukuhkan proses pilihan raya serta memperkasakan amalan demokrasi.

“Silalah segera ke pejabat pos terdekat atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan secepat mungkin,” katanya.

Ramon juga berkata SPR perlu berusaha dengan sedaya upaya untuk memastikan mereka yang belum mendaftar supaya segera berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: Undi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wazi Abdul Hamid Pesan ‘Geng Motor’ Jangan Silap Undi

Wazi Abdul Hamid Pesan ‘Geng Motor’ Jangan Silap Undi

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh Cub Prix negara, Wazi Abdul Hamid berpesan kepada peminat permotoran supaya tidak silap mengundi dalam...

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

WAWANCARA: Jangan Undi Ahli Politik Pertahan Kuil Haram – Firdaus Wong

21/04/2026
0

MUKADIMAH ISU pembinaan rumah anutan atau rumah ibadat bukan Islam tidak sah pernah menimbulkan polemik besar dalam negara. Isu tersebut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd