• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemisah Lorong Basikal Lebih Selamat – DBKL

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang semula pemisah lorong basikal baharu yang lebih selamat secara berperingkat dalam tempoh dua minggu di beberapa kawasan di sepanjang laluan basikal di sekitar ibu kota.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata pihaknya akan menggunakan pemisah lorong basikal jenis ‘flexi-post’ bagi menggantikan ‘rubber separator’ yang digunakan sebelum ini.

“Pemisah laluan basikal ‘flexi-post’ itu mempunyai elemen keselamatan yang tinggi dan turut berfungsi sebagai pemantul cahaya pada waktu malam bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya tentang laluan basikal itu.

“Ini bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin terutamanya pada waktu malam serta memastikan kenderaan selain basikal tidak dibenarkan masuk ke lorong khas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pengumuman Kerjasama antara Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, DBKL dan Alibaba Cloud Malaysia berhubung ‘Malaysia City Brain’ di sini, hari ini.

Katanya pemasangan itu akan melibatkan jarak 11.9 kilometer.

“Buat masa sekarang pemisah lorong basikal jenis ‘rubber separator’ yang dipasang sepanjang tiga kilometer itu telah ditanggalkan atas keselamatan pengguna jalan raya dan lorong itu hanya akan dibuka semula untuk penunggang basikal pada 1 Feb ini,” katanya.

Ditanya mengenai penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang menggunakan lorong basikal khas itu, Mahadi berkata pihaknya akan mengkaji semula mengenai perkara tersebut.

“Buat masa sekarang hanya warna biru dan tanda basikal yang ada pada lorong itu akan memberi peringatan kepada pengguna jalan raya seperti mana lorong bas yang ada di sekitar ibu kota,” katanya.

Pada 22 Jan lalu, DBKL bertindak membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) ​​​​​​di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Sebelum ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daalam kalangan masyarakat tentang kewajaran projek tersebut. – BERNAMA

Tags: basikalDBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd