• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Negara Pertama Di Luar China Guna City Brain Alibaba Cloud

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Malaysia akan menjadi negara pertama di luar China melaksanakan inisiatif pengurusan trafik bandar raya bestari, City Brain, yang dibangunkan Alibaba Cloud, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata platform itu diguna pakai dan dikembangkan daripada Hangzhou City Brain melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membuat ramalan trafik tepat masa dengan menggunakan teknologi pengecaman video dan imej.

“Inisiatif ini dipacu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Alibaba Cloud bagi mengelak atau mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan ketara, di samping meningkatkan keselamatan jalan raya dan kecekapan perkhidmatan kecemasan,” katanya ketika mengumumkan kerjasama antara MDEC, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alibaba Cloud Malaysia tentang Malaysia City Brain di sini hari ini.

Beliau berkata menurut statistik daripada Alibaba Cloud, projek perintis pelaksanaan sistem pengurusan trafik bestari di Hangzhou yang bermula pada September 2016 mencatat peningkatan aliran atau kelajuan trafik sebanyak 15 peratus.

“Pembuktian tentang projek konsep telah dilakukan di peringkat tempatan pada Ogos 2017 dengan kerjasama beberapa pembekal data daripada sektor swasta, manakala MDEC pula menyediakan khidmat pengurusan projek serta analisis data dan Alibaba Cloud menyediakan platform serta kepakaran bidang khusus.

“Apabila Malaysia City Brain berkembang kelak, teknologi AI akan membantu memberi manfaat kepada rakyat. Ini termasuk aliran trafik lebih lancar, masa respons yang lebih pantas daripada perkhidmatan kecemasan serta peningkatan kecekapan dalam pengendalian trafik dan keselamatan jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd