• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Kuantan Dijangka Pulih Rabu

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Gangguan bekalan air membabitkan kira-kira 80,000 akaun di beberapa kawasan di daerah ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada Rabu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata kerja membaik pulih tambakan di muka sauk Kobat yang pecah pada 19 Jan lalu kini giat dilaksanakan.

“Tambakan di muka sauk Kobat kini telah mencapai 20 peratus dan kita menjangkakan pada Rabu nanti kerja-kerja penambakan setinggi 2.5 meter akan siap bagi membolehkan Pengurusan Air Pahang menyalur semula air mentah ke Loji Air Semambu dan Bukit Ubi untuk diproses.

“Bagaimanapun kerja-kerja penambakan itu akan diteruskan sehingga ketinggian 3.5 meter untuk menstabilkan aliran air dan ini dijangka memakan masa selama tiga minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kerja membaik pulih tambakan berkenaan di Bukit Rangin di sini hari ini.

Turut menyertai lawatan itu Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Datuk Mohd Zahari Md Is.

Beliau berkata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM3 juta bagi menampung kos membaik pulih tambakan yang pecah itu.

Bagaimanapun, katanya jumlah peruntukan itu tidak mencukupi bagi menampung keseluruhan kos operasi.

“Kita telah memulihkan bekalan air secara berperingkat sejak 21 Jan lalu dengan melepaskan air daripada Empangan Sungai Chereh untuk menaikkan paras air Sungai Kuantan.

“Bekalan air juga telah pulih secara berperingkat dan hanya hanya 20 peratus sahaja daripada 80,000 akaun yang masih mengalami gangguan bekalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd