• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu, Kelindan Maut Kenderaan Rempuh Belakang Lori

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepos kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 95.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata dalam kejadian 1 pagi itu, Abdul Rahman Mohammad, 30, yang memandu lori itu dan Zulfirdaus Othman, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Katanya, kejadian berlaku semasa kedua-dua mangsa yang beralamat di Kuantan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dengan membawa muatan makanan segera.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila lori yang dipandu laju oleh mangsa melanggar belakang lori lain menyebabkan bahagian depan lori itu remuk keseluruhannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zundin menambah pemandu sebuah lagi lori Asmar Rani Omar, 47, tidak mengalami kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata seorang pemandu treler, M.Sagar, 29, maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas dan jatuh ke bawah tebing sedalam kira-kira 50 meter, hari ini.

Azry Akmar berkata kemalangan pada 7.45 pagi di Kilometer 16, Jalan Lama Lipis-Raub berhampiran Klinik Kesihatan Benta dipercayai berlaku selepas mangsa gagal mengawal kenderaannya apabila melalui selekoh.

“Terdapat tiga buah rumah di bawah tebing itu, namun tiada kecederaan berlaku kerana bahagian lori itu hanya mengenai sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di situ,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd