• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Chol Jumpa Perisik AS Di Langkawi Sebelum Mati

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara bertemu seorang perisik warga Amerika Syarikat, lima hari sebelum ditemui mati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Pegawai Penyiasat, ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, 40, berkata perjumpaan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Langkawi pada 9 Februari 2017, namun motif perjumpaan tidak dapat dipastikan.

Pertemuan itu dicadangkan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, 26, ketika menyoal balas Wan Azirul Nizam pada perbicaraan hari ke-27 kes Siti Aisyah dan Doan Thi Huong , 29, yang didakwa bersama-sama empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan Klia2 pada 9 pagi, 13 Februari tahun lalu.

Menjawab cadangan Gooi, saksi ke-9 itu bersetuju bahawa terdapat pertemuan di antara Kim Chol dengan seorang lelaki, namun polis sehingga kini tidak dapat memastikan identiti lelaki itu, sama ada beliau seorang perisik atau sebaliknya.

Ditanya sama ada lelaki itu masuk ke negara ini pada 6 Februari 2017 iaitu pada hari sama Kim Chol datang ke Malaysia dan pihak polis mengetahui mengenai kehadiran warga Amerika itu, saksi itu menjawab “tidak bersetuju.”

Bagaimanapun, Wan Azirul Nizam berkata, beliau mengarahkan pegawainya pergi ke Langkawi untuk menjalankan siasatan berhubung pertemuan itu, tetapi siasatan tidak dapat memastikan bentuk perbincangan di antara mereka.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa siasatan polis di Langkawi adalah untuk mengetahui mengenai motif pembunuhan Kim Chol.

Bagaimanapun, beliau menafikan cadangan Gooi bahawa pihak polis menyembunyikan maklumat daripada mahkamah berhubung pertemuan berkenaan.

“Saya memerlukan masa untuk menyemak diari siasatan sebelum dikemukakan di mahkamah,” katanya.

Kim Chol yang pulang ke Kuala Lumpur pada 12 Februari 2017, ditemui mati keesokan hari selepas didakwa disapu dengan racun agen saraf VX di Balai Pelepasan klia2.

Terdahulu, Hakim Datuk Azmi Ariffin membenarkan permohonan Gooi untuk memanggil semula saksi pendakwaan kelapan iaitu ketua Makmal Pusat Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia Dr S.Raja, 43, untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Peguam berkenaan membuat permohonan itu mengikut Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah atas alasan terdapat beberapa soalan tambahan yang perlu ditanya kepada saksi berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azmi bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Kim Chol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Kim Chol: Pegawai Polis Takut Buka Beg Eksibit

16/11/2017
0

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis yang menahan tertuduh pertama Siti Aisyah dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd