• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Madu Tualang Di Tasik Pedu, Empangan Muda Merosot

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Madu tualang antara madu terbaik di dunia dan tidak asing bagi masyarakat di negara ini.

Hakikatnya, aset bernilai ini kian pupus disebabkan aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan yang berleluasa di hutan simpan negeri ini jika dibandingkan dalam tempoh lima tahun lalu.

Menurut Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA), Padang Terap, Jamal Othman, hutan simpan Tasik Pedu dan Empangan Muda di Sik yang banyak menyimpan khazanah bernilai ini turut merosot apabila tiada bekalan diperoleh sejak tahun lalu.

Katanya, jika sebelum ini (lima tahun lalu), FAMA pernah mendapat bekalan sehingga enam metrik tan bagi satu musim pengeluaran, namun pada 2016 jumlahnya makin merosot kepada 100 kilogram dan tahun lalu (2017) tiada bekalan diperoleh sehingga perlu dibeli daripada pengumpul madu tualang dari Perak, Terengganu, Johor dan Sarawak.

“Jumlah pembelian kami juga meningkat daripada RM306,000 pada 2016 kepada RM540,000 pada 2017 yang menunjukkan pengeluaran madu tualang semakin terjejas akibat pembalakan yang berleluasa,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Jamal berkata bekalan madu yang terhad menyebabkan pencari madu tualang menjualnya sendiri melalui rakan-rakan di media sosial bagi mendaptkan harga yang lebih baik.

“Ini satu kerugian sumber alam yang besar kepada negeri Kedah sendiri kerana madu tualang di sini sangat bermutu kerana madunya terhasil dari nektar bunga dan herba yang diambil dari pelbagai spesies bernilai dan bersarang tinggi di atas pokok tualang, selain berwarna keemasan dan mempunyai khasiat lima kali ganda dari madu lebah lain di hutan negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, FAMA mengambil langkah dengan membeli dari pengumpul madu tualang dari seluruh negeri bagi memastikan stok bekalan sentiasa ada di pusat pemprosesan dan jualan madu tualang di Rumah Madu miliknya di Kuala Nerang, di sini.

“Ini penting kerana rumah madu ini kami wujudkan kerana kehebatan madu tualang itu sendiri dan kami nak orang mengenali bahawa madu tualang di Padang Terap adalah madu yang terbaik dan dipercayai keasliannya selain dijual pada harga yang berpatutan,” katanya.

Katanya, madu tualang jenama Agromas ini dibeli akan diuji peratusan air dan gula (madu) selain aroma dan cita rasa bagi memastikan ketulenan madu.

Jamal berkata selepas itu ia menjalani proses dengan penapisan kali pertama bagi membuang benda asing yang bercampur dengan madu dan menjalani penyejatan kandungan air yang memakan masa antara lapan hingga 16 jam bagi mengeluarkan air berlebihan.

“Proses ini dilakukan kerana madu di kawasan hutan negara ini mempunyai kelembapan yang tinggi dan air berlebihan akan mempercepatkan madu menjadi masam, semasa sejatan antara tiga hingga lima peratus air akan dikeluarkan sehingga mencapai piawaian yang ditetapkan, ini kerana madu di negara ini mempunyai 71 hingga 75 peratus madu serta 22 dan 25 peratus air,” katanya.

Katanya, walaupun stok berkurangan, harga madu tualang yang dijual adalah masih berpatutan pada harga RM34.50 bagi (230 gram), RM75.35 (500 gram) dan RM104.85 (1 kilogram), namun harganya dijangka naik dalam tempoh terdekat disebabkan pengeluarannya yang merosot. – BERNAMA

Tags: madu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

Agong Hadiah Madu Pada Azam Baki, Simbolik Suruh Tangkap ‘Lebah’

01/04/2024
0

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiahkan sebekas madu kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. IKUTI CHANNEL...

Wanita Jual Darah Ular Campur Madu

Wanita Jual Darah Ular Campur Madu

01/06/2023
0

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang penjual darah ular di kawasan gerai makan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd