• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Pahang Mahu Julang Sekurang-Kurangnya Satu Piala

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Skuad Pahang menyasarkan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala kejuaraan pada cabaran Liga Super musim ini.

Timbalan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sasaran itu dilihat realistik dengan peruntukan pengurusan sebanyak RM20 juta, sama seperti peruntukan musim sebelumnya.

“Sudah semestinya kita mahu muncul sebagai Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia…tetapi sekurang-kurangnya kita mahu membawa pulang satu daripadanya.

Saya percaya misi ini boleh dicapai dengan barisan pengurusan, pemain tempatan dan import yang memiliki kemahiran serta semangat juang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain dan pelancaran tiga jersi baharu skuad Tok Gajah bagi musim 2018 di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden PBNP Datuk Seri Zamry Ramly, Pengurus Pasukan Datuk Sufian Awang dan Ketua Jurulatih Skuad Tok Gajah Dollah Salleh.

Pada majlis itu, Pahang juga memperkenalkan empat pemain import baharu iaitu Sergio Ezequil Unrein dari Argentina, Alex De Moraes Gomes (Brazil), Chan Vathanaka (Kemboja) dan Muhammad Safuwan Baharudin (Singapura) bagi kuota pemain import pemain ASEAN.

Dollah menjangkakan saingan musim ini agak sengit berbanding musim lalu apabila semua pasukan bersaing untuk menampilkan barisan terbaik mereka dan beliau percaya pasukan ini boleh memberikan saingan dalam Liga Super musim ini dengan barisan pemain yang bagus.

“Saya berharap dua tenaga import baharu, Sergio Ezequil Unrein dan Alex De Moraes Gomes dapat menemui rentak untuk membantu pemain import sedia ada seperti Mohamadou Sumareh memberikan cabaran kepada pasukan lain.

Kehadiran pemain hebat seperti Chan Vathanaka juga diharapkan boleh memberi impak kepada pasukan, begitu juga dengan Safuwan Baharuddin,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan Matthew Davies berkata beliau optimis mereka mampu mempamerkan persembahan cemerlang dengan adunan pemain baharu dan lama dalam pasukan.

Pada majlis itu, Pahang juga memperkenalkan tiga jersi baharu iaitu kuning untuk perlawanan di gelanggang sendiri, putih (gelanggang lawan) dan hitam (jersi ketiga). – BERNAMA

Tags: Pahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd