• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Dengan Kempen #UndiRosak

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pengundi di Semporna dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan kempen #UndiRosak, kata pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Beliau menyifatkan kempen itu sebagai satu tindakan tidak wajar dan menafikan hak pengundi memilih kerajaan yang sah dan konsisten membantu rakyat.

“Negara kita aman makmur dengan kerajaan yang begitu prihatin dan mendekati rakyat yang menjadi keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nasir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata demikian selepas menyempurnakan majlis khatam jamaie serta pengenalan program celik al-Quran di sini yang turut dihadiri Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban, hari ini.

Baru-baru ini, kempen #UndiRosak tular di laman sosial oleh kumpulan tertentu dengan mesej agar pengundi tidak perlu keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah menyifatkan kempen itu sebagai satu tindakan terdesak.

Katanya rakyat Sabah sudah cukup matang menilai sistem demokrasi negara yang adil dan tidak memerlukan kempen untuk menutup hak mengundi mereka.

“Sebenarnya rakyat tidak ambil peduli sangat mengenainya dan hak rakyat adalah untuk keluar mengundi,” katanya. – BERNAMA

Tags: #undirosak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Perlu Undi Rosak, Pilih Kerajaan Pembangunan

11/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak perlu merosakkan undi dan terpengaruh dengan gerakan merosakkan undi oleh pihak tertentu yang berpendapat...

Penyokong Pakatan Cetek Pemikiran – PSM

03/02/2018
0

"SERANGAN bertali arus oleh mereka yang dipercayai pro-Pakatan Harapan terhadap pihak yang sokong kempen #UndiRosak secara tidak langsung memperlihatkan sikap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd