PASUKAN penyelam Indonesia hari ini membuat percubaan sulung untuk menghampiri badan utama atau fiuslaj pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa.
Sebelum ini, perancangan mendekati badan pesawat itu gagal ekoran cuaca buruk dan keadaan laut yang bergelora, menurut laporan Straitstimes.com.
Pesawat jenis Airbus A320-200 itu terhempas pada 28 Disember lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dipercayai, ekoran berdepan cuaca buruk .
BACA JUGA – QZ8501 : Identiti Satu Lagi Jasad Dikenalpasti
Badan utama pesawat itu ditemui oleh kapal Tentera Laut Republik Singapura MV Swift Rescue pada Rabu.
Pasukan penyelamat sebelum ini yakin, hampir separuh bilangan mayat mangsa nahas pesawat itu masih terperangkap di dalam fiuslaj di mana terletaknya ruangan kabin penumpang.
Setakat ini, 50 mayat sudah ditemui dan 39 daripadanya berjaya dikenalpasti.
Terdahulu, Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) telah menemui dan membawa keluar kotak hitam perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat berkenaan yang merupakan bukti penting bagi mengetahui kejadian sebenar.
Pesawat AirAsia itu ketika nahas, membawa bersama 162 penumpang dan anak kapal yang dipercayai terkorban kesemuanya. – MYNEWSHUB.CC
BASASRNAS Akan Lakukan Operasi Pengambilan Badan Utama Pesawat
http://youtu.be/ho13SSQbr5E