• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Tambahan Tangkap Anjing Liar Ditubuh

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Pasukan tambahan yang bertindak segera untuk menangkap anjing liar sebaik sahaja menerima panggilan atau aduan daripada orang ramai akan ditubuhkan dalam usaha menyekat penularan dan menjadikan Bahagian Sibu bebas wabak rabies.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapaee berkata, pasukan tersebut akan diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa dan menerima panggilan daripada orang ramai melalui talian hotline untuk menangkap anjing-anjing liar.

“Ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa kerajaan serius untuk sekat rabies.

Kita tidak mahu apabila orang ramai membuat panggilan dan aduan, sehingga dua hingga tiga hari baru nak respons. Ini tidak baik,” katanya

Beliau berucap pada majlis makan malam bersama anggota-anggota Pasukan Kawalan Rabies di sini malam tadi.
Dr Annuar yang juga mengetuai Pasukan Kawalan Rabies itu berkata, pasukan itu dianggotai petugas Jabatan Veterinar, Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Luar Bandar Sibu dan Majlis Daerah Kanowit.

Beliau berkata, program penvaksinan anti rabies ke atas anjing secara besar-besaran pada masa ini mensasarkan 70 peratus anjing di bahagian itu.

“Kita bekerja keras memerangi rabies daripada merebak di bahagian Sibu. Ini penting supaya penularan rabies dapat disekat daripada memasuki bahagian Bintulu, Miri dan keseluruhan utara Sarawak,” jelasnya.

Katanya, setakat ini 1,171 anjing telah diberi vaksinasi sejak program vaksinasi anti rabies bermula 20 Jan lalu dan dijadual berakhir 1 Mac melibatkan pembukaan 29 pusat vaksinasi.

Sementara itu, Ketua Kesihatan Awam Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Cheong Yaw Liang berkata sembilan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak untuk dianaliss.

Keputusan ujian ke atas sampel itu akan diketahui dalam tempoh tiga minggu, katanya kepada Bernama di sini. – BERNAMA

Tags: Isu Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Catat Kematian Ke-15 Akibat Rabies

11/12/2018
0

KUCHING - Seorang lelaki warga emas yang disahkan dijangkiti rabies semalam, meninggal dunia hari ini menjadikan angka kematian akibat penyakit...

Jangan Politikkan Isu Rabies – Zambry

02/08/2017
0

IPOH - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan rabies selepas dinasihati oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, bukan dibuat sesuka hati. Oleh itu beliau meminta agar perkara berkenaan tidak dipolitikkan kerana keputusan untuk mewartakan kawasan tersebut kawasan rabies adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd